kaellaaaa's

Saturday, November 2, 2019

100k PAGE VIEW

11:03:00 PM 11
100k PAGE VIEW

Assalammualaikum...

100k PAGE VIEW | Alhamdulillah.. Setelah sekian lama memegang watak sebagai blogger sendu akhirnya PV kaella kalini cecah 100k. Bagi blogger-blogger otai 100k ni hanya mainan harian je tapi bagi seorang blogger picisan macam kaella, pencapaian ini amatlah memberangsangkan. Terima Kasih yang tak terhingga kepada pembaca blog kaella ;')


sejak akhir ni kaella jarang update blog disebabkan hari-hari yang sangat sibuk. tak tahu bila nak ada masa free update blog. Malam ni curi masa sikit update blog.

Doakan kaella akan terus menulis tanpa henti dan terus berusaha tanpa henti.

love you guys! xoxo


Thursday, October 10, 2019

Giveaway | 100th Post Celebration Ft. Japan Planner Giveaway!

10:17:00 PM 18
Giveaway | 100th Post Celebration Ft. Japan Planner Giveaway!
Japan planner giveaway

Assalammualaikum..

Giveaway | 100th Post Celebration Ft. Japan Planner Giveaway! | Memandangkan kaella rasa dah berbulan rasanya tak join giveaway, malam ni agak rajin sikit nak update blog dengan giveaway.

Dan memandangkan kaella akhir-akhir ni suka gila dengan journaling benda yang kaella minat and planner harian *even ada planner book* tapi kaella lagi suka journaling planner harian. jadi buku planner macam ni memang jadi keminatan kaella heheh

p/s buku tu nampak comel. kaella tak boleh lah kalau benda comel macamni -.-

ops! sampai lupa nak bagitau, masih ada masa nak join giveaway planner ni, so korang better join sebelum tutup giveaway ni. 16 oktober giveaway will ends. So ? tunggu apa lagi ? klik banner di atas.


HEADER BARU!

11:45:00 AM 13
HEADER BARU!

Assalammualaikum..

HEADER BARU! | Alhamdulillah dan selamat pagi! 

Bangun pagi muka dah Happy semacam sebab dapat email dari maisarah sidi . Lama dah sebenarnya ada hajat nak tukar header tapi masa tu cemburu sangat, sampailah sekarang baru ada kesempatan nak tukar header baru. 

Kaella sebenarnya malas nak buat sebab busy akhir tahun ni, banyak sangat kerja. sebab tu cari orang yang pandai editkan header. Nasib baik jumpa Maisarah sidi ni boleh tolong editkan header. 

Tema kalini kaella pilih seSIMPLE yang boleh sebab yelah kalau header tu terlalu crowded sakit juga mata memandang, belum lagi pembaca yang tengok, nanti dah tengok header je dah menyampah sebab terlalu crowded. Plus blog kaella edit kalini pun simple jer, so kenalah dengan header yang simple. 

Korang nak buat header tapi takde masa ? jangan lambat-lambat tau, order terus dengan Maisarah Sidi. tunjuk je nak header macam mana kompom jadi hehe 



Saturday, October 5, 2019

Resepi Donut Tanpa Uli

9:23:00 PM 6
Resepi Donut Tanpa Uli

Assalammualaikum...

Resepi Donut Tanpa Uli | Kuih donut adalah satu-satunya kuih yang kaella minat sejak dari kecik-kecik lagi. Sebenarnya mama kaella dulu suka berniaga kuih dan banyak-banyak jenis kuih, kuih ini lah yang menarik hati sampai ke hari ini ( doakan mama kaella dimurahkan rezeki ). 

Memandangkan kaella duduk jauh dari family, bila rasa nak makan sesuatu kena usaha sendiri la nampaknya, kalau tak memang tak akan dapat. Kali ini kaella rasa nak cuba resepi donut dari akak CHE EDA. 



Bahan-bahannya ; 
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Cara-caranya ;
  • Satukan yis, susu pekat, air suam, gula kemudian biarkan sehingga kembang 
  • Satukan pula tepung gandum, marjerin, baking powder, garam kemudian ramaskan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian campurkan bahan basah yang telah kembang tadi
  • Gaul rata
  • Kemudian biarkan sehingga tepung kembang bersama bahan basah tadi atau biarkan selama 1 jam
  • Akhir sekali bentukkan donut ikut citarasa yang korang suka 
  • Goreng sehingga donut terlihat keperang-perangan. 
  • Taburkan gula di bahagian donut
  • Akhir sekali, boleh dihidang dan makan bersama kopi panas




Tuesday, October 1, 2019

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK & PT3

10:34:00 PM 10
Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK & PT3

Assalammualaikum..

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK & PT3 | alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus mendidik sampai ke tahap ini. Biar pun exam dah berlalu sehari kaella nak ucapkan semoga anak-anak yang sedang menjalankan peperiksaan UPKK dan PT3 dipermudahkan menjawab.

Semoga semua mendapat keputusan yang najah nanti. Siapa yang berusaha InsyaAllah ada kebahagiaan untuknya di akhir kelak. Semoga peroleh jiwa yang lapang agar dapat menerima ilmu dengan sebaiknya.

Tengok anak-anak exam buat kaella rasa gementar. Teringat zaman dahulu kala ketika duduk sama seperti mereka dalam menjawab peperiksaan. Allah. Masa tu dada tak karuan jiwa kacau dan Alhamdulillah perolehi kejayaan hingga ke hari ini.

Berusaha sebaik mungkin kemudian tawaqal. InsyaAllah.