Terima Kasih "Januari" - kaellaaaa's

Advertisement

Terima Kasih "Januari"

 Assalammualaikum | Terima Kasih "Januari"


hi lovelies...

Rasa sekejapnya jiwa untuk sampai ke bulan Febuari, belum sempat lagi melakar kenangan indah bersama semua rakan kerja, belum sempat ku renung satu-satu muka yang sudah banyak memberikanku pegalaman dan memori. Belum cukup masaku tertawa senda, riang ceria, menagis bersama. 

Namun, apakan dayaku, hari semakin berlalu pergi. semakin mendekat kepada hari terakhirku bersama mereka. semakin dekat hari perginya aku dari tempat kerja.

Berat Hati ?

sangat! siapa yang sanggup tinggalkan anak istimewa yang sudah hampir 5 tahun bersama ku dalam pendidikan, siapa yang sanggup tinggalkan kenangan pahit manis bersama rakan kerja, siapa yang sanggup tinggalkan orang yang jatuh bangun bersamaku selama 7 tahun, siapa yang sanggup tinggalkan rakan baikku yang sudah bersama selama 15 tahun bersamaku, siapa yang rela ? 

Ikutkan hati, masih mahu lagi saya tinggal di tempat ini. masih mahu lagi saya berbakti dengan anak istimewa ini. masih mahu saya bersama keluarga kerja ini. Tapi, apakan dayaku. Aku hanya seorang isteri yang akur dengan Sang Suami. 

Segala kenangan pahit manis akanku semat dalam hati agar dapat menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku selama 7 tahun bersama mereka. Semoga semua penat lelahku terbalas dengan 1000 kebaikan yang akan datang, hendaknya. 

Nangis Tak ?

Jangan kata satu mangkuk, satu besen air mata masih lagi mengalir hingga ke hari ini. Hari-hari mengenangkan tentang masa yang akan tiba, masa aku akan keluar nantinya. Sampai ke hari ini sayangku, cintaku dengan keluarga kedua ini tiada terhitung jumlahnya. Tiada kata-kata hingga saat ini. Penat sudah tangisku tapi masih belum dapat membalas segala kebaikan dari mereka. 

Semoga,

Semoga yang nantinya akan memberikanku seribu makna, seribu kebaikan, seribu kasih sayang, seribu rasa cinta dari semua. Semoga ukhuwah yang dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga keluarga ini akan sentiasa bersama-sama.

Post a Comment

4 Comments

  1. berpisah itu memang menyakitkan...tp dengan memori yang telah kita cipta, akan menjadikan kita lebih kuat..insya-Allah, aamin...
    semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul. kaella cuba untuk fikirkan semuanya dengan positif.

      Delete