New Environment - kaellaaaa's

Advertisement

New Environment

 Assalammualaikum | New Environment

Hi Lovelies.

Korang apa khabar ? Sihat tak tu ? kaella macam ni la. sekejap ada sekejap hilang. Sekejap rasa nak menulis sekejap rasa nak "close account". Perasaannya tidak menentu. Rasa perlu kadang tu, tapi kadang rasa tak perlu. korang rasa ?

Kaella baru pindah tempat kerja mula Mac 2024 ni. Sekolah baru. Suasana baru. Pengalaman baru. Kawan ? Belum ada lagi. setakat ni hanya berkawan dengan rakan kerja. Itu pun, masih terasa kekok. Belum move in lagi perasaan dan tingkah laku dengan rakan kerja sini. Rasa hati masih di tempat yang lama. Belum MOVE ON nampaknya. Jasad sahaja disini, jiwanya masih belum tiba.

Next and Upcoming Planning ?

Tiada. Kenapa ? sebab masih dalam proses memikir dan tidak nampak lagi cahaya depan yang menyinari. Ada hari rasa mahu nangis sekuatnya, ada hari mahu teriak sekuatnya, ada hari hanya memilih untuk berdiam, ada hari penuh dengan kebahagiaan, ada pahitnya. Tapi akhirnya nanti masih kosong.


Semoga apa sahaja yang mendatang yang baik-baik saja. 

Post a Comment

0 Comments