Assalammualaikum | Jumpa dengan Hobi Baru, Mengait (Crochet)
Sejak PKP 3.0 diumumkan, kaella rasa kena cari satu bahan yang boleh buat kaella bahagia, walaupun sebenarnya tak minat untuk pertama kalinya.
Mengait (Crochet) adalah proses membuat fabrik dari benang, benang, atau helai bahan lain menggunakan cangkuk mengait. Perkataan ini berasal dari perkataan Perancis "merenda", yang bermaksud cangkuk. Cangkuk boleh dibuat dari bahan-bahan seperti logam, kayu, atau plastik dan dihasilkan secara komersial serta dihasilkan oleh tukang-tukang. Crocheting, seperti mengait, terdiri daripada menarik gelung bahan melalui gelung lain, tetapi tambahan menggabungkan membungkus bahan kerja di sekitar cangkuk satu atau lebih kali. Crochet berbeza dari merajut hanya satu jahitan yang aktif pada satu masa, jahitan yang dibuat dengan diameter benang yang sama adalah lebih tinggi berbanding dengan satu cangkuk mengait yang digunakan bukannya dua jarum mengait. Tambahan pula, mengait mempunyai sistem simbol sendiri untuk mewakili jenis jahitan.
Bab mengait, kena ambik tahu ;
Masa mula-mula nampak bebenang ni semua, kaella rasa macam "eh, complicatednya, banyak kerja nak kena ambik tahu". Tapi, nak ditakdirkan kaella masa tu bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa, terperap lama kat rumah rasa macam tak berbaloi ye. Jadi, kaella cuba-cuba untuk kait sikit. Kaella buka Youtube, kemudian kaella cuba sendiri.
Benda pertama yang kaella kait adalah, Dolphin. Ambik masa berjam jugak bila nak buat Dolphin ni sebabnya kaella tak tahu apa-apa dan hanya bergantung dengan Youtube, tapi.. kaella berjaya juga!
Lepas dah berjaya buat satu ni, kaella mula lagi dengan buat benda lain. Tapinya dah hilang diambil anak buah dekat rumah 😂 Bila dah kena balik tempat bekerja sebab kena turun kerja kaella mula beli satu-satu. Memula beli benang, sekarang tengah tunggu Crochet Hook pula.
Ni antara design yang kaella sempat buat sebabnya member nak buat simpan perfume dekat kereta baru 🙊 maka jadilah blouse dua ketul ni.
Next projek kaella nak kaitkan satu Cardigan 🙊 Harapnya semangat kuat dapat siapkan apa yang nak kena buat. Sebabnya banyak benda nak buat tak jadi sebab banyak kerja nak kena setel. Tapi kita kait slow-slow bolehlah.
12 Comments
Semoga berjaya, Kaella. Cantiknya blouse tu.
ReplyDeleteHobi yang mahal ni. Seronoknya dah pandai. Tahniah Kaella!^_^
ReplyDeletebestnya ada bakat mengait.. kalo dh minat mmg menjadi!
ReplyDeletePandai mengait
ReplyDeletecomel :) pandai kella ngait!
ReplyDeleteaaa cantiknya dolphin tuu!! kan sya tengok skrg semua orang belajar mengait..bestnyaa tengok!!
ReplyDeleteaaa comel. haritu survey juga hook dia tu sbb macam nak try. tapi tengok benang dia pun ada beza kualiti dan jenis semua macam keliru sangat. last sekali terus tak jadi beli lol
ReplyDeleteLH teringin sangat nak mengait ni. Tengok movie-movie diorang mengait, geram betul. Ni petanda-petanda kena start ni hahahaha. Mencari kemahiran baru
ReplyDeletebenda yg paling ammi tak reti nak buat. buat tali air pun tak lepas. mujur anak ammi ada minat belajar dari mamalong dia.
ReplyDeletejalan-jalan nampak blog ni...kite dari dulu nk bljar mengait tapi smpai skrg x pandai lagi hahaha
ReplyDeletesaya suka tengok hasil barang kait yang dah siap . Tapi takde anugerah + sikap malas nak belajar mengait . Hihihi .
ReplyDeleteCantik dan comel hasil crochet Kaella tu. Saya pun suka mengait, guna yang dua batang panjang tu. Kalau guna yang standard batang besi pendek tu dulu pernah guna tapi sekarang dah lupa sikit sebab jarang guna. Hehehehe.
ReplyDelete