Hebatnya Doa Keluar Rumah - kaellaaaa's

Advertisement

Hebatnya Doa Keluar Rumah

 Assalammualaikum | Hebatnya Doa Keluar Rumah


hi lovelies...

Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berdia agar terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. 


Dalam segala hal yang kita lakukan, mulakan dengan mengingati Allah. insyaAllah akan dijaga. 

nampak agak cerewet, tapi bila kita amalkan. kita akan rasa apa perbezaan daripada apa yang biasa kita lakukan. Kaella takut dengan segala hal buruk yang berlaku. Kita amalkan untuk diri kita, semoga segala hal buruk dihindari daripada berlaku terhadap diri kita. semoga semua yang kita jaga, terjaga dari awal hingga ke akhirnya.

Kebaikan Sebelum Membaca Doa Keluar Rumah
  • Mendekatkan Diri Kepada Tuhan
  • Perlindungan Dari Bahaya.
  • Meningkatkan Kesedaran Diri.
  • Mengurangkan Risiko Kecemasan Dan Stres.
  • Membentuk Kebiasaan Positif.
  • Mengingatkan Untuk Berbuat Baik.
  • Membawa Keberkatan Dan Kebaikan.

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

  • Diberikan petunjuk dalam perjalanan.
  • Diberikan perlindungan dari kemalangan, keburukan, bahaya dan godaan.
  • Diberikan kecukupan terutamanya mereka yang keluar mencari rezeki, maka dengan izin Allah, Dia akan memberikan kecukupan kepada diri dan keluarga kita.
  • Dijauhkan daripada tipu daya syaitan.
  • Syaitan yang lain juga tidak mampu menggoda manusia kerana telah dikhabarkan kepada syaitan pertama bahawa orang tersebut telah membaca doa keluar rumah.
Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Nabi SAW bersabda; Apabila seseorang keluar daripada rumahnya dan membaca بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Baginda bersabda "Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan)” 

(HR Abu Daud)

Maha suci Allah, sesungguhnya Dia sentiasa berada dekat dengan hambaNya asal saja kita sentiasa ingat kepadaNya. Bacaan doa yang ringkas itu, memberikan kelebihan yang luar biasa untuk kita semua.

Semoga Allah memberkati perjalanan dan urusan kita sepanjang berada di luar. 

Post a Comment

0 Comments