April 2020 - kaellaaaa's

Thursday, April 30, 2020

Kek Span Vanilla simple dan mudah ( Sponge cake )

10:43:00 PM 2
Kek Span Vanilla simple dan mudah ( Sponge cake )
Assalammualaikum | Kek Span Vanilla simple dan mudah ( Sponge cake )

Masa bulan puasa macam ni, lagi-lagi musim PKP ni banyak resepi nak kena cuba. Yang pasti ikut selera nak makan apa. kan ?

Penyediaan Kek Span Vanilla ni sangat senang. Pejam mata manja sikit dah boleh baking. Kali ni buat ikut resepi Masam Manis sebabkan buku resepi hilang entah kemana, kita buat ikut cara ni. sangat simple!


BAHAN-BAHAN KEK SPAN VANILLA
  • 4 biji telur gred A
  • 180 gm gula halus
  • 170 gm tepung kek
  • 70 gm air
  • 5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
  • 15 gm ovellete
  • 50 gm minyak jagung / minyak masak biasa
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

CARA-CARA ;

  • cara kaella, satukan semua bahan kemudian putar mixture dengan kelajuan rendah dahulu, dah nampak sebati kemudian pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan kembang. 
  • masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan minyak atau yang letah dilapiskan dengan kertas minyak.
  • INGAT! panaskan dahulu oven 10 minit dengan suhu 170C menggunakan api atas bawah.
  • Bakar sehingga 30minit.
; proses yang ini kena fahamkan betul-betul, 
"Bila kek dah masak, keluarkan dari oven, biarkan sekejap selama 5 minit lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang, toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek, terbalikkan kek atas redai sekejap, kemudian terbalikkan semula. kena buat cepat-cepat sebabnya kalau lambat kek akan turun sebab tarikan graviti, sebabnya kek span ni sensitif sikit."

tips yang Masam Manis bagi ni sangat-sangat berguna tau. kaella dah cuba dan tips ni menjadi. kek tak turun pun. kadang buat hairan juga sebab kek pandai turun dekat bahagian tengah, nampaklah wajah kek tu hodoh sikit, tapi guna tips macam ni kek tak jatuh okay, korang kena cuba. 

nak banyak tips memasak yang berguna korang follow blog Masam Manis 

Tuesday, April 28, 2020

BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

9:38:00 PM 4
BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

Assalammualaikum | BELI ROAD TAX ONLINE MENGGUNAKAN MYEG

Musim PKP ni semua tak boleh nak gerak, semuanya kena buat online. Paling takut beli Insurans online sebab tak yakin. Pertama kali beli insurans kereta online dan road tax online. fuhh sejuk tangan oki nak tekan procced masa nak bayar.

Masa mula tu kaella berharap yang PKP ni habis sebelum roadtax kereta mati tapi apakan daya kita nak halang hentikan PKP ni. semuanya ada hikmah disebalik kejadian.


  1.  kena ada ID untuk MYEG. sila klik disini > ( MYEG ) 
  2. LOG IN kemudian pilih bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan klik bahagian Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan.
  3. Isi semua maklumat yang diminta seperti nama. MyID, nombor pendaftaran kereta dan tempoh pembaharuan cukai jalan
  4. siap isi semua korang boleh pilih sama ada nak ambik sendiri atau pun penghantaran melalui pos. kalau pilih penghantaran ke alamat rumah  ada caj penghantaran.
  5. selepas dah isi semua tekan butang procced 
  6. Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan. kalau setuju dan berpuas hati boleh terus buat bayaran confirm and pay
  7. untuk pembayaran tak perlu pergi ke ATM, boleh membuat pembayaran melalui perbankan internet atau akaun prabayar MyEG
  8. Selesai membuat bayaran. Boleh tunggu road tax sampai ke alamat yang anda minta.
  9. Jangan risau semua maklumat adalah sulit dan tidak ada hacker. 
Pengalaman kaella, Alhamdulillah sangat memudahkan. Tak perlu risau nak keluar rumah dengan keadaan yang tak berapa nak okey sekarang ni. Boleh buat dihujung jari tanpa perlu keluar rumah, tapi duit tetap keluar ok hehe

yang penting #KITAJAGAKITA #STAYATHOME #PUTUSKANRANGKAIANCOVID-19

Thursday, April 2, 2020

PATAH KAKI PART II

1:51:00 PM 10
PATAH KAKI PART II

Assalammualaikum | PATAH KAKI PART II 

BACA SINI PATAH KAKI!

Seperti yang korang tahu kaella dah lama cuti sebabkan patah kaki. maka genaplah 3 bulan kaki kaella patah dan tak bekerja. sebabkan COVID-19 cuti kaellapun extend lagi sehingga keadaan dah semakin membaik. jom sama-sama kita #PutuskanRangkaianCOVID19

Alhamdulillah. syukur disebabkan keadaan kaki dah semakin membaik. sekarang dah boleh jalan cuma belum jalan normal lagi sebab kaki masih sakit sikit. kalau sebelum ni perlukan pertolongan tongkat baru mampu jalan, syukur sekarang dah tak perlukan tongkat dah.

banyak benda yang jadi sepanjang kaella patah kaki. banyak benda kaella belajar. jatuh bangun nangis tepi dinding dekat hospital semua mematangkan kehidupan sebenarnya. bila di ingatkan balik keadaan sebelum ni, macam tak percaya 3 bulan dah berlalu dan kini dah sihat.

benda paling kaella rindu masa kaki patah adalah DRIVING! hahaha bila kaki dah boleh bengkok sikit kaella try bawa kereta sebab benda tu la yang kaella paling rindu nak buat and nasib baik masih reti bawa kereta hehe

tapi still ada benda kaella tak puas hati sebabkan appoiment DR sepatutnya 30 march tu tapi sebabkan kita tengah perintah berkurung appoiment ditunda. tapi takpa, yang penting kaki dah boleh berdiri semula seperti sedia kala.

tapi...


last but not least, please stay home! stay safe! stay healthy! #PutuskanRangkaianCOVID19