Kek Span Vanilla simple dan mudah ( Sponge cake )

10:43:00 PM

Assalammualaikum | Kek Span Vanilla simple dan mudah ( Sponge cake )

Masa bulan puasa macam ni, lagi-lagi musim PKP ni banyak resepi nak kena cuba. Yang pasti ikut selera nak makan apa. kan ?

Penyediaan Kek Span Vanilla ni sangat senang. Pejam mata manja sikit dah boleh baking. Kali ni buat ikut resepi Masam Manis sebabkan buku resepi hilang entah kemana, kita buat ikut cara ni. sangat simple!


BAHAN-BAHAN KEK SPAN VANILLA
  • 4 biji telur gred A
  • 180 gm gula halus
  • 170 gm tepung kek
  • 70 gm air
  • 5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
  • 15 gm ovellete
  • 50 gm minyak jagung / minyak masak biasa
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

CARA-CARA ;

  • cara kaella, satukan semua bahan kemudian putar mixture dengan kelajuan rendah dahulu, dah nampak sebati kemudian pukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga adunan kembang. 
  • masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan minyak atau yang letah dilapiskan dengan kertas minyak.
  • INGAT! panaskan dahulu oven 10 minit dengan suhu 170C menggunakan api atas bawah.
  • Bakar sehingga 30minit.
; proses yang ini kena fahamkan betul-betul, 
"Bila kek dah masak, keluarkan dari oven, biarkan sekejap selama 5 minit lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang, toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek, terbalikkan kek atas redai sekejap, kemudian terbalikkan semula. kena buat cepat-cepat sebabnya kalau lambat kek akan turun sebab tarikan graviti, sebabnya kek span ni sensitif sikit."

tips yang Masam Manis bagi ni sangat-sangat berguna tau. kaella dah cuba dan tips ni menjadi. kek tak turun pun. kadang buat hairan juga sebab kek pandai turun dekat bahagian tengah, nampaklah wajah kek tu hodoh sikit, tapi guna tips macam ni kek tak jatuh okay, korang kena cuba. 

nak banyak tips memasak yang berguna korang follow blog Masam Manis 

You Might Also Like

5 Comment

  1. sponge cake is the easiest to make! of course it takes so much time to get the perfect one, but once you already get the hang of it, you'll be a pro at it! thanks for recipe btw xx

    lenne x www.lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
  2. Sedap ni buat cicah dengan teh o panas.. 😁

    ReplyDelete
  3. Comel dan sedapnya nampak kek.. Gebu molekkk!!

    ReplyDelete

THE LITTLE FELLAS