Resepi Kek Tapak Kuda Simple - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Kek Tapak Kuda Simple

 

Assalammualaikum..

Resepi Kek Tapak Kuda Simple | Haritu adalah kaella rajin sikit nak scroll Facebook and suddenly ternampak pula Kek Tapak Kuda so kaella pun macam "hmmm macam best jer, nak try bake la" so here's cara kaella baking Kek Tapak Kuda.

Bahan-Bahan :

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • 108 gram gula ( kaella blend dulu bagi senang nak mixture )
  • 66 gram tepung kek ( kaella guna tepung biasa saja )
  • 1 tspn susu lazz ( kaella guna susu nespray jer )
  • 81 gram butter cair ( make sure sejukkan dulu selepas cair )
  • 1 tspn ovellete
  • 1 tspn baking powder
  • Asen vanila
  • 1 tspn choc emulco
  • Nutella 
cara-cara :
  • Pukul telur, gula dan ovellete hingga separuh kembang. 
  • Masukkan bahan kering ( tepung, susu, baking powder )
  • Bila adunan sudah kembang, masukkan asen vanila dan butter yang telah dicairkan. kacau rata ye
  • Asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. ( ini untuk adunan chocolate )
  • Asingkan 1 mangkuk untuk adunan putih 
  • Lapik loyang dengan kertas minyak dan tuangkan adunan chocolate
  • Kemudian tuangkan pula adunan putih tadi 
  • Kemudian bakar kek selama 25 minit dengan suhu 140 darjah celcius 




maafkan kek kaella yang comot ni, ini test baking jer.

SELAMAT MENCOBA!

Post a Comment

0 Comments