Assalammualaikum...
Sekali sekala jalan tengok apa yang ada dekat Kota Kinabalu pun best jugak. Orang kata kena round habis dulu tempat kelahiran baru jelajah di seberang. Rupanya banyak tempat lagi kaella belum jelajah dekat Sabah ni biarpun dah nak 20 tahun tinggal dekat Sabah.
Kalini kaella terjah pulak Taman Buaya ( Crocodile farm ) yang bertempat di Tuaran, Sabah. Kaella sebenarnya excited banyak sebab memang jarang nak nampak buaya ni, lagi-lagi buaya besar ni, kalau nampak pun mungkin dalam jarak jauh tapi ni tak dah boleh tengok dekat jarak yang dekat. ( wooooooooooww )
Untuk harga kemasukan dikenakan ;
- DEWASA ( RM30 )
- KANAK-KANAK ( RM20)
- DEWASA YANG MEMILIKI IC (RM16) LOCAL
- KANAK-KANAK YANG ADA MYKID 4 HINGGA 12 TAHUN (RM8) LOCAL
- FREE UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 4 TAHUN
Waktu beroperasi / Harga Tiket Masuk Ke Taman Buaya Tuaran
> Setiap hari 8:30am - 5:30pm
> Crocodile Show Time
> Setiap hari 8:30am - 5:30pm
> Crocodile Show Time
- Isnin hingga Sabtu 11:00am/ 3:00 pm
- Ahad & cuti umum 11:00 am/ 1:00pm/ 3:00pm
- Crocodile Feeding Time : setiap 11:30am/ 01:00pm/ 03:30pm/ 04:30pm
- Animal Feeding : setiap hari Arapaima (10:30am), Monyet (11:45am/03:45pm),
- Crocodile Talk : setiap hari 10:00am/ 02:00pm
Banyak lagi gambar buaya besar tapi tak mampu nak edit satu-satu hehe
Taman Buaya di Tuaran merupakan salah satu ladang buaya terbesar di Sabah, menampung lebih daripada 1,000 buaya dan menjadi tarikan pengunjung tempatan dan asing (pelancong) yang ditubuhkan sejak Februari 2005 di sebuah kawasan tanah seluas 7 ekar bersebelahan dengan Lebuh Raya Sulaman, Tuaran.
Di Taman Buaya juga ada menjual barang kraftangan berkaitan buaya, pertunjukan buaya dan banyak lagi. Sayangnya kami sampai lewat pada masa ni jadi tak sempat nak tengok pertunjukan buaya. Tapi still puas hati dapat tengok buaya beso-beso begaduh dalam air hehe
Tamannya pun cantik tau, sempat jugak kitaorang photoshoot sikit gambar.
artis gambar kakak saya dan adik saya. jurugambar takde gambar sebab semua gambar yang kena ambik buruk huhuhu ( nangis tepi katil )
Maklumat Perhubungan Taman Buaya Tuaran
Farm
a. +60 088 793377 (0ffice)
b. +6 088 793623 (Fax)
Admin (Alamesra)
a. +6 088 448622 (Office)
b. +6 088 448623 (Fax)
Lain-lain
a. +6 019 8338336, +6 0128861021 (Sabah based)
b. +6 012 3188135 (Kuala Lumpur based)
Email : weeyingchai@yahoo.com
Farm
a. +60 088 793377 (0ffice)
b. +6 088 793623 (Fax)
Admin (Alamesra)
a. +6 088 448622 (Office)
b. +6 088 448623 (Fax)
Lain-lain
a. +6 019 8338336, +6 0128861021 (Sabah based)
b. +6 012 3188135 (Kuala Lumpur based)
Email : weeyingchai@yahoo.com
credit to www.travelsabah.my
0 Comments