TIPS UNTUK MENGELAKKAN DAHAGA DI BULAN PUASA | Assalammualaikum. Selamat mejalankan ibadah puasa. Bulan puasa macam ni kalau tengah panas tekak mesti rasa dahaga kan, biarpun kita dah sahur tapi tetap dahaga, rasa tekak nak minum air jer.
ONE AND ONLY TIPS.
Selepas sahur kena minum segelas air suam. kenapa ? sebab kebanyakan makanan yang kita makan ketika bersahur mengandungi minyak, minyak inilah yang melekat di dinding kerongkong kita dan boleh menyebabkan kita rasa dahaga di siang hari biarpun dah minum bergelas-gelas air ketika sahur.
Air suam ini sebenarnya dapat menghilangkan zat minyak yang melekat di dinding kerongkong kita. Ibaratnya seperti kita mencuci pinggan mangkuk yang terlalu banyak minyak, kalau kita cuci dengan air sejuk minyak tak akan hilang biarpun sudah di gosok dengan sabun sehingga lenguh tangan, tapi bila kita rendamkan seketika dengan air panas, dengan senang pinggan mangkuk yang di penuhi dengan minyak senang di gosok dan senang untuk menghilangkan minyak yang melekat.
Begitu juga apabila kita minum air manis, kopi atau sebagainya. Sebaiknya kita akhirkan sahur kita dengan air suam. Tapi jangan pula bila dah minum air suam kita makan lagi, sebab fungsi air suam adalah untuk membersihkan zat minyak yang melekat di dinding kerongkong.
ingat, akhiri sahur kita dengan segelas air suam. Semoga ramadhan kali ini kita lagi bertenaga dari Ramadhan yang lalu.
Selamat Mencuba!
0 Comments