Ramadhan Kareem - kaellaaaa's

Advertisement

Ramadhan Kareem



Ramadhan Kareem | Assalammualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempetan untuk berjumpa dengan RAMADHAN. Masih di panjangkan umur untuk beribadah di bulan yang mulia bulan RAMADHAN. Alhamdulillah ya Allah.

Masih tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan "RAMADHAN KAREEM" untuk semua. Semoga ramadhan kalini boleh kita memperbaikinya dengan sebaik-baik amal kerana kita tidak tahu sama ada masih di beri kesempatan untuk bertemu dengan RAMADHAN di tahun hadapan atau pun tidak. Yang kita boleh lakukan hanya berdoa kepada Allah dengan sebaik-baik doa.

Mari kita sama-sama rebut peluang di bulan RAMADHAN ini, kerana bulan ini hanya sebulan dalam setahun, bulan yang kita akan rindu bila ianya pergi nanti, bulan dimana begitu banyak benda yang boleh kita lakukan untuk mengejar cinta Allah. Jadi jangan lepaskan peluang dibulan ini.


Disini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampuanan dari siapa-siapa yang mengenal diri ini. Semoga memperolehi amalan yang berlipat kali gandanya. Dan memohon maaf salah silap, terkasar bahasa mahu pun terambil dengan sengaja atau pun tidak sengaja.

SALAM RAMADHAN, RAMADHAN KAREEM 

Post a Comment

0 Comments