January 2019 - kaellaaaa's

Wednesday, January 16, 2019

Gunung Kinabalu, Sabah.

11:23:00 PM 2
Gunung Kinabalu, Sabah.

Assalammualaikum...

Gunung Kinabalu, Sabah. | Telah ku tawan Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter ( 13,435 ft )
odoi sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
baru kau mau percaya dengan kata-kataku
saya Original 

Dulu hanya mampu tengok dari jauh sahaja Alhamdulillah kali ini dapat jejak kaki sekali di Gunung Kinabalu. Biar pun sebenarnya anak jati Sabah tapi baru sekali ini dapat jejakkan kaki di Puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, umur 22 tahun baru dapat merasa naik Gunung Kinabalu.

First time naik semangat tu bukan main tinggi lagi, excited giler nak jejak kaki di Gunung Kinabalu la katakan. Kaella mula cari barang daki Gunung Kinabalu sebulan sebelum tarikh mendaki. Budjet kaella takdelah nak tinggi mana sampai nak cari barang mendaki dekat mall.Orang kata biarlah bersederhana.


Training tak sebelum naik ?

Kaella sibuk kerja pagi hingga ke petang kalau nak joging sebelah petang alamatnya tak lah sebab kena hadap kesesakan lalu lintas yang panjang. Sampai rumah jer dah magrib. Jadi memang takde la kaella jogging. weekend ? kaella try hard tau daki bukit-bukit yang ada dekat dengan tempat tinggal kaella, nak training otot la katakan. Kenalah korbankan sikit masa rehat. Tapi itu pun kalau berkesempatan sebab kaella bila dah weekend kaella ambik masa betul-betul untuk rehat tenangkan fikiran.

Tapi untuk mereka yang baru nak mendaki macam kaella korang kena training naik turun tangga. Kaella menyesal gila tak training habis sebelum mendaki tu. Semput weh naik atas tu. Selain itu, kena juga kuatkan stamina dan cuba stabilkan pernafasan sambil mendaki.




Peralatan mendaki ?

Kebanyakan peralatan mendaki kaella cari dekat Mr.Diy sebab banyak pilihan tambahan pula dapat mengurangkan bajet mendaki.


Macam mana book tarikh mendaki ?

okey, yang ni kaella cari agent yang uruskan. Alhamdulillah kaella ada sorang kawan kerja bomba dekat Gunung Kinabalu jadi gunakan service dia dan akhirnya tercapai juga hasrat. Biarpun sebenarnya sebelum ni pernah book tapi asyik-asyik kena tunda tarikh. Lastly dapat juga tarikh hujung tahun. Orang kata hujung tahun selalu hujan jer tapi Alhamdulillah masa kaella naik takdelah hujan, cuaca pun cun cun jer. Jadi korang yang bakal nak naik tu jangan nak risau kalau dapat tarikh masa bulan December.


Jadi pengalaman kaella sendiri masa naik Gunung Kinabalu ni banyak cabaran, banyak juga tangga-tangga kehidupan yang kena lalu sepanjang perjalanan, kalau nak patah balik tak boleh, asyik cakap dekat diri sendiri "sayang weh rm3++ aku kalau aku tak sampai puncak, rugi weh" awal lagi dah set dekat minda "Aku boleh, aku yakin, aku kena sampai puncak tu" biarpun sebenarnya dah nak putus harapan tapi Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga dekat puncak. Last but not least, korang yang bakal nak naik tu training tau! jangan tak training macam kaella kang naik dah la lambat turun lagi lambat. hahahaha ( gelak dekat diri sendiri ) pakaian dan barang yang kena angkut make sure tak payah nak bawa baju tebal sangat buat beban diri sendiri sahaja naik. kaella cakap sebab kaella rasa sendiri huhuh dan jangan lupa bawa banyak sikit kudapan sepanjang naik sebab lapar tu tak kenal tempat tau huhu





Resepi Popia Cheese Rangup

9:50:00 AM 1
Resepi Popia Cheese Rangup

Assalammualaikum...

Resepi Popia Cheese Rangup | kaella pasti dan yakin ramai diluar sana yang sukakan cheese kan ? lagi-lagi anak-anak dirumah sangat sukakan cheese, samalah dengan anak  murid kaella sukakan cheese. Jadi kalini kaella nak share resipi yang simple tak yah pening kepala.



Bahan-bahan :

  • 1/2 paket kulit popia ( digunting mengikut bentuk kesukaan masing-masing )
  • 4 sudu besar serbuk cheese
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 sudu besar gula
Cara-caranya :
  • Kisar semua bahan kecuali popia
  • Goreng popia sehingga naik warna keperangan 
  • Tabur dan gaul rata serbuk yang telah di kisar tadi pada kulit popia yang sudah siap di goreng. 
  • Popia siap!



Thursday, January 10, 2019

Menang Giveaway Mystery Boxes by Liyana Jasmi

10:14:00 AM 4
Menang Giveaway Mystery Boxes by Liyana Jasmi

Assalammualaikum..

Menang Giveaway Mystery Boxes by Liyana Jasmi | yess! and i'm super excited! Alhamdulillah rezeki kaella kali ini menang Giveaway dari Liyana Jasmi.

First of all, thankyou so much for the giveaway. Thankyou to my blogger reader. yeayyy! siapalah saya tanpa anda semua.



whats inside the Mystery Boxes ?



and this is what i've got inside of the Mystery Boxes.

I'm a little bit super excited cause i never been used this product before. So yeayyy! 


Macam tahu-tahu jer buka sekolah ni kaella perlu dua benda ni. Ingat anak murid je ke yang kena ada benda ni ? cikgu-cikgu pun nak jugak! hihi 

Kaella sejenis yang suka main tabur jer duit syiling dalam handbag. Lepasni dah boleh simpan duit baik-baik pula. hihi 

Bab ni kaella suka sangat. Sebab kaella jenis orang yang tidur tak suka ada cahaya, kalau boleh buat bilik tu gelap tengah malam haa gelap la, sampai matahari dah naik pun tak sedar hihi Annoying bila someone masuk bilik lepastu pasang lampu alahai kaella tak boleh brain dengan orang yang buat macam ni lagi-lagi kalau kaella tengah penat giler dengan kerja. Tapi bila dah ada ni hah tak la ganggu tidur malam, nak masuk bilik pasang lampu pun tak apa haa pasang jer yang penting mata kaella dah cover. 

Terima kasih Liyana Jasmi for this Mystery Boxes. I love it. 

Wednesday, January 2, 2019

My Achievement in 2018

1:17:00 AM 1
My Achievement in 2018

Assalammualaikum...

Alhamdulillah untuk semua kenangan naik turun kaella masa 2018. Banyak kenangan suka duka kella lalui sepanjang 2018. Kalau nak diingat kembali fuhh tak sangka sekuat ini kaella mampu bertahan. Harapnya 2019 lagi bertahan dari sebelumnya.


Apa yang terjadi sepanjang 2018 ?

  • Short vacay on MAY
  • Got my license on JUNE
  • I did add on adsense in the middle of post on SEPTEMBER 
  • Buy my own camera on AUGUST 
  • Climb Gunung Kinabalu on DECEMBER 
Banyak lagi sebenarnya, kalau nak di ceritakan takut panjang berjela pula posting kaella nanti hehe

Kalini kaella tiada wishlist seperti sebelum ni. Kali ini kaella just follow the flow. Nak menghala kemana kaella akan ikut sahaja. Maybe married ? No! buat masa ni belum lagi ada rancangan ingin berkahwin. InsyaAllah kalau Allah dah aturkan kahwin tahun ni kaella akan kahwin tahun ni, kalau belum kena sabar. Rancangan Allah lebih baik. Begitulah kehidupan, kita ini hanya mampu merancang, tapi yang menentukan tu hanya Allah, kalau Allah kata tidak maka tidaklah ia terjadi. 

Tahun ni kaella hanya berharap agar menjadi yang terbaik sebelum ini, Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sebagainya. 

Bila masuk tahun baru ketepikan mimpi ngeri 2018, ketepikan dendam, sakit hati, sedih, marah. Bawa ke hadapan kebahagiaan dan cerita-cerita yang indah. Kenangan yang manis-manis belaka. 

TERIMA KASIH SEMUA

12:46:00 AM 1
TERIMA KASIH SEMUA

Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Berakhirlah sudah segmen Bloglist yang kaella anjurkan.


Terima kasih untuk semua yang telah menyertai segmen ini. Sekarang kaella dah ada blogslist baru, lepas ini boleh blogwalking dari bloglist baru.


Terima kasih juga untuk pembaca blogger kaella 2018. InsyaAllah 2019 kaella kena rajinkan diri sikit untuk blogger kaella ni.

Actually kaella kena update masa 31hb haritu tapi agak sibuk dengan kerja sebab sekolah tak lama lagi buka, jadi kaella kena ready kemas kelas yang akan datang, susun atur kedudukan meja dan sebagainya. Mesti ibu-ibu diluar sana excited nak tengok anak masing-masing masuk sekolah lagi kan ? kaella pun apa kurangnya excited nak jumpa anak murid, dah sebulan lebih tak jumpa rindu juga dengan kerenah anak murid dekat kelas. Tahun baru ni tak tahu pula macam mana agaknya gaya mereka selepas ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2019 BUAT SEMUA