AKHIRNYA! AKU LULUS TEST JPJ - kaellaaaa's

Monday, June 4, 2018

AKHIRNYA! AKU LULUS TEST JPJ



Assalammualaikum…
Alhamdulillah, kali kedua ni lulus juga ujian JPJ aku. 

Baca sini AKU GAGAL JPJ TEST

Setelah sebulan lebih menunggu giliran nak JPJ ni akhirnya JPJ dekat bulan favorite pula, dan tak sangka kalini lulus biarpun kaki dah tak tahu cara nak adjust clutch dah hehe korang bayangkan lah eh last aku JPJ bulan April yang lalu kena tunggu turn nak ulangan tu pergh bulan June baru dapat tarikh tau. Mana taknya kaki tak tahu dah nak adjust clutch macam mana hahaha rasa nak teracabut kaki pun ada. Nak pulak ujian JPJ kalini kena pada bulan puasa. Pergh! Mencabar sangat dengan teriknya matahari lagi, sampai pakcik JPJ pun tak tahan nak lelama dekat litar. Kesian pakcik-pakcik JPJ.


Masa mula ujian aku tak expect pun nak lulus sebab kali ini kena bawa kereta axia pula dah, belajar dekat litar bawa kereta viva, kena ujian dapat pulak kereta axia. Kau rasa ? siap cakap dekat tutor nak booking ulangan awal. Tapi Alhamdulillah kalini lulus sekali jalan jer semua. Biarpun sebenarnye dekat bukit dah racing hahaha kalau nak ingat balik haih boleh terbang kereta aku tekan minyak kuat-kuat. Bila dah lepas bukit dah boleh senyum sikit sebab aku Cuma risau bahagian bukit, kalau bahagian lain bolehlah tenang banyak hati ini.

Terima kasih tutor yang  sudi nak ajar seketul kaella ni. Lepasni boleh dah bawa kereta “halal” sebab penat dah nak bawa kereta “haram” ni huhu