korang semua masih ingat tak kaella baru sahaja sembuh daripada patah kaki beberapa bulan lalu dan masih berusaha untuk melakukan perkara-perkara yang membuatkan kaki sembuh untuk sepenuhnya. Patah tulang atau retak tulang ni adalah benda yang paling menakutkan untuk semua orang. sebab benda tulang yang melibatkan tubuh badan ni kita tak boleh ambik lewa. Bahaya padahnya.
BACA SINI PATAH KAKI PART II
Sepanjang kaki kaella bersemen banyak benda yang kaella elakkan dari segi pemakanan, perlakuan dan sebagainya bagi mengelakkan kaki terus bersemen dalam masa yang lama. Kaella berkaki semen selama 3 bulan tapi yang menggemparkan bulan kedua bersemen tulang kaki kaella dah bersambung sepenuhnya. Kaki atau tangan atau mana-mana tulang yang patah mengambil masa selama 3 bulan bagi bercantum dengan sepenuhnya. Bergantung kepada umur, badan dan pengambilan serat harian.
- Elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat dan perbanyakkan makan makanan yang mempunyai banyak protein. Sebab badan memerlukan protein dan kalsium yang tinggi bagi menyokong tulang-tulang bercantum dengan masa yang agak singkat.
- Banyakkan minum susu. Bab ni kaella rasa semua rasa leceh sebab dah besar buat apa nak minum susu kan ? Tapi, bila difikirkan untuk kesihatan tiada salahnya nak berkorban sedikit demi kesihatan diri. Susu merupakan salah satu sumber makanan utama yang mengandungi kalsium yang paling tinggi. 2 bulan masa kaella dah bersemen kaki kaella kurangkan minum minuman yang tinggi kafein. Seperti contoh nescafe, kopi, 3 in 1 dan sebagainya. kaella jenis pagi-pagi suka minum kopi sebabnya memang peminat tegar kopi tapi bila kaella tahu benda ni tak sesuai diambil ketika patah kaki kaella elakkan dalam masa 3 bulan. Kaella hanya amalkan minum susu dan air mineral sepenuhnya. Susu yang terbaik untuk pertumbuhan tulang adalah susu soya, susu anlene, fernleff dan banyak lagi. Cuma kaella hanya fokus kepada 3 susu tersebut.
- Jangan lakukan aktiviti yang lasak semasa kaki bersemen. Kaella akui, kaki bersemen sangat memberi impak yang tinggi kepada badan. Kaella sendiri jatuh terduduk tepi kerusi nangis sebab masa tu masih tak boleh terima yang keadaan kaki kaella dan bersemen dan memerlukan tongkat untuk bergerak. Lebih lagi bila bab tidur dengan kaki bersemen. Sangat tidak selesa, sebabnya nak pusing kiri kanan pun payah sangat sebab keadaan kaki tu kita terpaksa biarkan lurus sebab DR dah semenkan dalam bentuk yang lurus. Bukan kaella katakan yang kita tak perlu bergerak. Tidak! kaki perlukan gerakan agar tidak kejang dan tidak membuatkan urat kaki terkejut sebab dah lama tak lakukan gerakan. Lakukan gerakan tetapi yang memadai, tak perlu nak excercise tinggi bagai bagi nak buat kaki sembuh. Jangan nak siksa diri dengan keadaan yang telah dilalui.
produk daripada shaklee ( set patah tulang ) ni kaella ambik 3 bulan tak henti. Cumanya kaella tak ambik vivix tu sebab masa tu kewangan tak berapa mencukupi lagipun 3 benda tu kaella rasa dah memadai bagi menyembuhkan tulang kaki. 3 produk ni sangat-sangat tinggi kalsium untuk kekuatan tulang dan penyambungan tulang yang patah atau retak. Mula-mula memang kaella rasa macam tak percaya dengan semua produk ni sebab kaella jenis kalau minum minuman produk apatah lagi produk yang memutihkan badan kaella sangat tak ambik tahu. Tapi kaella berserah dengan pilihan sebab nak yang terbaik untuk kesihatan tulang yang patah. Jadinya kaella amalkan pengambilan prosuk shaklee ni bagi kekuatan imun badan. Sungguh, kaella tak nafikan. Dalam masa 2 bulan tulang yang patah dah boleh bercantum dengan baik.
akhirnya, korang kena percaya diri. Masa kaki kaella patah kaella jatuh menangis tak henti sebab asyik fikir benda yang kaella tak dapat nak lakukan. memang agak payah untuk kau berdiri sendiri tapi kena kuat sebab semua benda yang jadi ada hikmahnya. Yang penting kena yakin dengan diri sendiri.
sesiapa yang join bisnes shaklee tu bolehlah iklankan produk korang dekat posting ni. siapa tahu dapat membantu ramai orang.
2 Comments
nice sharing...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terbaik tips dari puan
ReplyDelete