November 2017 - kaellaaaa's

Tuesday, November 21, 2017

Lulus Ujian Komputer Kelas D

9:45:00 PM 0
Lulus Ujian Komputer Kelas D

Assalammualaikum uols J

One of my wish list 2017 ialah dapat lesen kereta biarpun sebenarnya penakut bawa kereta. Alhamdulillah berkat kerja hari-hari ditambah dengan tahan hati tak pergi shopping, tak makan dekat restoran mahal-mahal dapat jugak saya tunaikan hajat sendiri nak ambil lesen memandu.

Masa mula-mula tu taknak juga ambik, ingatkan nak ambik tahun depan tapi gagahkan diri juga ambik tahun ni sebab target kalau boleh memang nak habiskan awal tahun 2018. So dengan niat yang tersangat kuat ni, saya gagahkan diri juga ambik lesen and yes! Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Lepas 6 jam duduk dekat kelas dengar ceramah cikgu memandu akhirnya saya balik dengan sijil ( #DoneCeramah ) sebabkan target nak habiskan awal tahun 2018, so 4 hari lepas ceramah saya sambung pula ujian computer. You know what guys, lepas dari kelas ceramah tu saya langsung tak baca buku yang kena bagi tu, apatah lagi nak belek tengok-tengok dalam buku tu, langsung takde. Jadi dengan semangatnya saya book exam computer acah-acah dah boleh jawab exam padahal tak tau apa-apa pun. Sampai malam ke empat tu boleh pula dada ni nak gegar vaganza sebab esok nak exam tak baca apa pun lagi, dah lah mood kelaut malas nak baca. Tapi saya buat relax je tak baca buku pun, siap tengok tv lagi sampai tengah malam ( HA HA HA )

Dalam jam 11 malam macamtu baru ada mood nak belek buku yang kena bagi ni, tu pun belek tengok gambar jer, lepastu hah tutup buku masuk bilik, main game. Esok pagi menggelabah sampai masuk kerja sebab tak prepare apa pun lagi untuk exam. saya ambik exam jam 10 pagi, jam 8 pagi baru nak baca sikit-sikit, ulangkaji sikit baca apa yang rasa-rasa keluar je. Sampai member dekat kerja siap bagi tunjuk ajar cara nak jawab exam ( thankyouu ) masa on the way nak pergi kelas ujian tu adalah juga baca sikit sambil tengok tepi jalan sign apa yang ada. Sampai dekat kelas ujian, tangan saya sejuk gila weh! Jawab exam je kot kalau gagal boleh ambik lagi. Tapi melayanglah duit rm35 kalau gagal. Sebabkan target nak habis awal so kalau boleh saya taknak gagal ujian computer ni. Lepas register then ambik gambar semua dah boleh masuk kelas ujian.

Masa jawab tu adalah gelabah sikit, tapi lama-kelamaan gelabah dah hilang dah. Jawab ujian tu pun relax je, sebab masa panjang juga. Lepas jawab bahagian A sambung bahagian B, Alhamdulillah nampak markah pun lulus juga tu hehehehe so masa jawab bahagian yang ada 50 soalan tu, I relax cool down jer sebab tak nak rush sangat. Jawab punye jawab habislah masa, tekan je selesai tekejut gila tengok markah sendiri. Dalam hati “aku ke yang jawab ni?” “apa aku baca semalam?”

47/50 
Alhamdulillah dengan cubaan pertama saya lulus ujian komputer. Tak sangka juga boleh lulus ujian komputer ni sebenarnya. So lepasni dah boleh buat lesen L dah then sambung kelas seterusnya.


Friday, November 10, 2017

Lucy Kitchen Imago Shopping Mall

11:47:00 PM 0
 Lucy Kitchen Imago Shopping Mall
assalammualaikum uols -.-


Bukan perempuan kalau tak tengok sehari dia tak makan unless kalau dia tengah on diet plus tengah merajok. As a plan, nak jalan-jalan jer dekat Imago haritu dengan 2 lagi member. Lepastu macam biasalah kalau dah jalan shopping ni perut pun nak shopping juga kan ? so kitaorang singgah dekat Lucy Kitchen ni, sebelum singgah tu masyaAllah, kalau boleh sejam jalan tu hah sejam jugak kitaorang asyik tanya benda sama “weh, makan mana ?” and lastly kitaorang pun setuju nak masuk dekat Lucy Kitchen. Lepas masuk hah mulalah masalah lagi “weh, makan apa?” perut sendiri, selera sendiri tapi asyik tanya orang (ketuk kepala sendiri)  bukan sebab apa, sebab tak tahu nak makan apa sebab semua makanan nampak sedap ( lap air liur ) kalau boleh nak order semua, semua kitaorang nak order, tapi tak boleh nak tamak sangat, pilih satu pun cukuplah.

LUCY KITCHEN
So, lepas gaduh punya gaduh mulut last – last kitaorang order ni,

Asian Pasta

Zinger Burger

Nasi Goreng Kampung

Lemon Ribena

TEH Tarik
Tea “c”


Surrounded dekat Lucy Kitchen pun sangat cantik plus bersih. Pekerja pun peramah takde nak marah-marah tunggu kitaorang order lama sangat, the service also tip top. Makanan takdelah lama sangat nak tunggu, citer punya citer tengok-tengok makanan dah sampai ( hehehehehe gelak lapar )
You guys, yang belum pernah makan sini bolehlah cuba nanti, confirm ah puas hati!


Enjoy the food!



Wednesday, November 1, 2017

Resepi Ayam Masak Belacan

2:23:00 PM 0
Resepi Ayam Masak Belacan

Assalammualaikum :)

Sebab mood harini rajin sangat duk dekat dapur, jadi saya nak kongsi sikit resepi Ayam Masak Belacan untuk para penggemar belacan ye hehe. Resepinya sangat simple tau, tak payah nak susah-susah.


Bahan – bahan ;

~ ayam
~ kunyit
~ cili padi ( 15 biji )
~ bawang besar ( 1 biji )
~ bawang merah ( 2/3 ulas )
~ bawang putih ( 3 ulas )
~ Belacan ( 1 cube )
~ serai ( dihiris-hiris )
~ Air asam jawa ( ½ mangkuk )
~ garam + ajinomoto
~ gula

~ minyak

Cara – cara ;

Mula-mula kita goreng ayam. Kalau saya biasa goreng ayam just campur dengan kunyit tambah dengan garam dan ajinomoto sedikit. Simple kan ? untuk kuantiti ayam terpulang kepada isi rumah ye. Memandangkan dekat rumah ada saya dan kawan sorang je jadi masak sikit pun dah cukup, kalau family ramai tu hah masak lebih sikit. Biar semua perut kenyang.


Kedua, kisar cili padi, bawang  besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. Okey, bagi orang yang suka makan pedas bolehlah lebihkan cili padi, kalau kurang makan pedas bolehlah kurangkan cili padi. Kalau saya suka makan pedas. Korang pula ? tapi kalau nak masak untuk tetamu yang banyak bolehlah tambah bawang dengan belacan tu.



Seterusnya, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang telah korang kisar tadi tu. Kemudian masukkan air asam jawa, gula sesenduk dan garam + ajinomoto sedikit. Pastikan korang tumis sampai pecah minyak ye. Kemudian masukkan ayam yang telah korang goreng tadi.

Last but not least, masukkan serai yang telah dihiri-hiris ye. Tapi ikut koranglah kalau nak masukkan serai boleh tak nak masukkan serai pun boleh. Eh, jangan lupa masukkan kasih sayang sekali dalam masakan korang. Hehe  


Ayam Masak Belacan
Dah cuba nanti bolehlah share dekat sini. Selamat mencuba uols.