Gunung Kinabalu, Sabah. - kaellaaaa's

Advertisement

Gunung Kinabalu, Sabah.


Assalammualaikum...

Gunung Kinabalu, Sabah. | Telah ku tawan Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter ( 13,435 ft )
odoi sayang, kau mahu saya sikut
tu Gunung Kinabalu sama Sungai Pagalan
baru kau mau percaya dengan kata-kataku
saya Original 

Dulu hanya mampu tengok dari jauh sahaja Alhamdulillah kali ini dapat jejak kaki sekali di Gunung Kinabalu. Biar pun sebenarnya anak jati Sabah tapi baru sekali ini dapat jejakkan kaki di Puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah, umur 22 tahun baru dapat merasa naik Gunung Kinabalu.

First time naik semangat tu bukan main tinggi lagi, excited giler nak jejak kaki di Gunung Kinabalu la katakan. Kaella mula cari barang daki Gunung Kinabalu sebulan sebelum tarikh mendaki. Budjet kaella takdelah nak tinggi mana sampai nak cari barang mendaki dekat mall.Orang kata biarlah bersederhana.


Training tak sebelum naik ?

Kaella sibuk kerja pagi hingga ke petang kalau nak joging sebelah petang alamatnya tak lah sebab kena hadap kesesakan lalu lintas yang panjang. Sampai rumah jer dah magrib. Jadi memang takde la kaella jogging. weekend ? kaella try hard tau daki bukit-bukit yang ada dekat dengan tempat tinggal kaella, nak training otot la katakan. Kenalah korbankan sikit masa rehat. Tapi itu pun kalau berkesempatan sebab kaella bila dah weekend kaella ambik masa betul-betul untuk rehat tenangkan fikiran.

Tapi untuk mereka yang baru nak mendaki macam kaella korang kena training naik turun tangga. Kaella menyesal gila tak training habis sebelum mendaki tu. Semput weh naik atas tu. Selain itu, kena juga kuatkan stamina dan cuba stabilkan pernafasan sambil mendaki.




Peralatan mendaki ?

Kebanyakan peralatan mendaki kaella cari dekat Mr.Diy sebab banyak pilihan tambahan pula dapat mengurangkan bajet mendaki.


Macam mana book tarikh mendaki ?

okey, yang ni kaella cari agent yang uruskan. Alhamdulillah kaella ada sorang kawan kerja bomba dekat Gunung Kinabalu jadi gunakan service dia dan akhirnya tercapai juga hasrat. Biarpun sebenarnya sebelum ni pernah book tapi asyik-asyik kena tunda tarikh. Lastly dapat juga tarikh hujung tahun. Orang kata hujung tahun selalu hujan jer tapi Alhamdulillah masa kaella naik takdelah hujan, cuaca pun cun cun jer. Jadi korang yang bakal nak naik tu jangan nak risau kalau dapat tarikh masa bulan December.


Jadi pengalaman kaella sendiri masa naik Gunung Kinabalu ni banyak cabaran, banyak juga tangga-tangga kehidupan yang kena lalu sepanjang perjalanan, kalau nak patah balik tak boleh, asyik cakap dekat diri sendiri "sayang weh rm3++ aku kalau aku tak sampai puncak, rugi weh" awal lagi dah set dekat minda "Aku boleh, aku yakin, aku kena sampai puncak tu" biarpun sebenarnya dah nak putus harapan tapi Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga dekat puncak. Last but not least, korang yang bakal nak naik tu training tau! jangan tak training macam kaella kang naik dah la lambat turun lagi lambat. hahahaha ( gelak dekat diri sendiri ) pakaian dan barang yang kena angkut make sure tak payah nak bawa baju tebal sangat buat beban diri sendiri sahaja naik. kaella cakap sebab kaella rasa sendiri huhuh dan jangan lupa bawa banyak sikit kudapan sepanjang naik sebab lapar tu tak kenal tempat tau huhu





Post a Comment

2 Comments

  1. permisi min numpang share ya :)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete


  2. PRRROOOOOOMMMOOOOOOOOO!!!!!
    PROMO PROMO PROMO....
    HAI GUYS AD KABAR GEMBIRA NI BUAT KALIAN - KALIAN YG SUKA MAIN GAME ONLINE
    DISINI KITA AD PROMO CASHBACH UNTUK MEMBER KHUSUS BULAN MARET INI LOHHH HEHHE
    PROMONYA NI,, EEEEIIIITTSSSSS !!!!!! LGSG SAJA KLIK WWW.FANSBETTING.CO
    NAH UNTUK INFO DAN BERTNY" YG LEBIH LNJUT SILAHKAN ADD KONTAK DI BAWA INI
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete