Ranau Rabbit Farm - kaellaaaa's

Wednesday, December 19, 2018

Ranau Rabbit Farm




Assalammualaikum..

Kali ni kaella berkesempatan pula nak jalan-jalan cuci mata dekat Ranau Rabbit Farm. Rabbit farm ini terletak lebih kurang 7 kilometer dari pekan Ranau. Memandangkan kali ini banyak masa nak diluangkan di pekan Ranau, kaella pun ambik keputusan untuk berkunjung di Ranau Rabbit Farm ini. Seperti yang kita maklum Ranau Rabbit Farm ini menempatkan lebih 100 ekor arnab dengan pelbagai jenis. 

Bayaran masuk ke Ranau Rabbit Farm ini adalah ;
  • RM3 untuk orang dewasa
  • RM2 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
  • PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, Orang Kurang Upaya ( OKU ) dan warga emas.
Waktu Beroperasi ialah bermula dari jam 9;00 Pagi sehingga 6;00 Petang.


Selain daripada Arnab, tempat ini juga mempunyai permandangan Sawah Padi, Gunung Kinabalu dan pekan Ranau. Sayangnya waktu kaella datang ke sini Gunung Kinabalu agak malu jadi hanya nampak Sawah Padi yang menghijau. 



Permandangan dari atas ladang 
Permandangan dari bawah ladang








Alamat ; 
Kampung Kigiok, 89300 Ranau, Sabah.

No Phone
+6 019-832 9868

Facebook 

No comments:

Post a Comment