AKU GAGAL JPJ TEST - kaellaaaa's

Saturday, April 14, 2018

AKU GAGAL JPJ TEST



Assalammualaikum…

AKU GAGAL JPJ TEST | seperti dalam wish list aku BACA SINI, aku nak ada lessen memandu sendiri supaya selepas ini tidak menyusahkan orang lain nak hantar dan ambil aku pergi kerja. Nak di jadikan cerita 13.4.2018 adalah tarikh dimana aku kena lalui test JPJ tapi nampaknya takdir belum memihak kepada diri sendiri untuk memiliki lessen memandu.

Semua orang plan memang nak lulus sekali jalan tapi ini tidak bermakna kena menyerah awal kan ? itu bermaksud kena sabar dan berusaha lebih lagi selepas ini. Mungkin usaha aku masa tu tak boleh meyakinkan pakcik JPJ kemarin yelah sebab perasaan dah bercampur, kena lagi bila aku adalah orang keempat terawal dalam ujian JPJ kemarin. Perasaan nak buang air kecil, buang air besar, nak muntah, nak menangis, nak pengsan semua ada. Act macam nak pergi berperang dalam peperangan yang besar.
Sedih itu memang sedih bila dapat tahu gagal dalam ujian tapi sedih aku hanya dalam masa yang singkat, bila aku dah lupa tentang ujian memandu kemarin rasanya dah tak sedih dah. Siap boleh pergi cari makan dekat mall ( makan banyak kot sebab stress! )
Bak kata bapa aku “janganlah kecewa sangat cuba lagi, inshaAllah lulus juga nanti”

Jadinya aku dah redho dengan semua ini, yang penting aku tak ulang semua sebabnya laluan aku dah lulus dan hanya kena ulang bahagian litar jer. So lepas ini harap tak gagal lagi sebab tengah nangis duit melayang lagi hehehehe