Resepi Ayam Masak Belacan - kaellaaaa's

Wednesday, November 1, 2017

Resepi Ayam Masak Belacan


Assalammualaikum :)

Sebab mood harini rajin sangat duk dekat dapur, jadi saya nak kongsi sikit resepi Ayam Masak Belacan untuk para penggemar belacan ye hehe. Resepinya sangat simple tau, tak payah nak susah-susah.


Bahan – bahan ;

~ ayam
~ kunyit
~ cili padi ( 15 biji )
~ bawang besar ( 1 biji )
~ bawang merah ( 2/3 ulas )
~ bawang putih ( 3 ulas )
~ Belacan ( 1 cube )
~ serai ( dihiris-hiris )
~ Air asam jawa ( ½ mangkuk )
~ garam + ajinomoto
~ gula

~ minyak

Cara – cara ;

Mula-mula kita goreng ayam. Kalau saya biasa goreng ayam just campur dengan kunyit tambah dengan garam dan ajinomoto sedikit. Simple kan ? untuk kuantiti ayam terpulang kepada isi rumah ye. Memandangkan dekat rumah ada saya dan kawan sorang je jadi masak sikit pun dah cukup, kalau family ramai tu hah masak lebih sikit. Biar semua perut kenyang.


Kedua, kisar cili padi, bawang  besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. Okey, bagi orang yang suka makan pedas bolehlah lebihkan cili padi, kalau kurang makan pedas bolehlah kurangkan cili padi. Kalau saya suka makan pedas. Korang pula ? tapi kalau nak masak untuk tetamu yang banyak bolehlah tambah bawang dengan belacan tu.



Seterusnya, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang telah korang kisar tadi tu. Kemudian masukkan air asam jawa, gula sesenduk dan garam + ajinomoto sedikit. Pastikan korang tumis sampai pecah minyak ye. Kemudian masukkan ayam yang telah korang goreng tadi.

Last but not least, masukkan serai yang telah dihiri-hiris ye. Tapi ikut koranglah kalau nak masukkan serai boleh tak nak masukkan serai pun boleh. Eh, jangan lupa masukkan kasih sayang sekali dalam masakan korang. Hehe  


Ayam Masak Belacan
Dah cuba nanti bolehlah share dekat sini. Selamat mencuba uols.