Ramdhan kareem


Assalammualaikum 

Alhamdulillah kita masih berpeluang untuk merasakan manisnya ramadhan untuk tahun ini, semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang mana kita dapat mengumpul sebanyak yang mampu pahala, bekalan kita untuk di akhirat kelak.

Beruntungnya dapat merasakan manisnya bulan ramadhan, kerana ada sesetengah orang tidak dapat merasakan manisnya ramadhan bahkan tidak akan pernah lagi merasakannya. ( moga di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman, ameen )

So bila dah masuk bulan ramadhan ni, orang kata, bulan yang mulia, yang mana setiap apa benda baik yang kita lakukan pahalanya akan berlipat kali ganda, subhanallah. Mulianya bulan ramadhan ini.

Jadi apa kata kita semua semarakkan bulan yang mulia ini, buat amalan baik sebanyak yang boleh, bersedekah biarpun dengan nilai yang rendah, membantu mereka yang memerlukan, mendoakan mereka yang hidup mahupun mereka yang telah pergi, dan yang paling penting, perbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita.

Bulan ramadhan dimana memang semua orang mulai membaca Al-Quran, saya akui memang akan ada sesetengah orang yang memang jarang sekali memegang Al-Quran, tapi bila tibanya ramadhan, setiap 5 kali solat lima waktu sehari semalam dia tidak lupakan Al-Quran. Allahu, jangan kita jadi seperti ini. Ada juga sesetengah orang baru puasa pertama dah baca sampai juz yang ke-29,  tak ke hairan tu, terlintas dalam fikiran, dia baca atau dia sekadar tengok sekilas pandang ? Jangan, jangan gelojoh. Bila kita membaca Al-Quran jangan kita kejar kuantitinya, tapi kejarlah kualitinya. Kalau kita kejar kuantitinya tapi tajwid hilang ke sana ke mari, tak kah sia-sia tu ? Kita, bila mula membaca Al-Quran, kena titik beratkan terhadap hukum tajwid, jangan main langgar macam tu je, kita nak kan pahala yang berganda maka buat sehabis baik, jangan sekadar "eh aku mesti nak habiskan 15 juz sehari, nanti boleh khatam 15 kali, aku kena kalahkan c fulan bin c fulan" niat nak khatam tu memang baik tapi bila niat nak menang, nak jadi nombor satu dalam khatam Al-Quran, tak ke dah lari dari tujuan sebenar ? Biar kita khatam sekali sahaja, tapi hukum tajwid kita jaga baik-baik, insya Allah pahalanya akan lagi berganda, seimbang dengan niat kita. Jadi dahulukan kualitinya berbanding kuantitinya.

Kurangkan pembaziran

Yes, saya admit, kadang-kadang saya pun terkadang terlepas pandang tentang benda ni, yelah, saya faham perasaan berpuasa sehari nak tahan lapar dan dahaga, mesti nak kan berbuka dengan hidangan yang sedap dan lazat kan ? Tapi kena berpada-pada, lagi-lagi bila banyak baazar ramadhan yang buka ni, haihh tangan tu gatal sangat nak beli semua makanan, sampai berbuka nanti, yang dibeli banyak tapi yang di jamahnya sedikit, bila tak habis terpaksa buang. Jangan, jangan jadi orang yang suka membazir tau. Bila membeli biarlah berpada-pada, sebab nabi pun pernah pesan berhenti sebelum kenyang beli ikut keperluan sahaja, bukan ikutkan nafsu. Ya saya tahu, nafsu orang puasa ni perghh memang tak boleh nak lawan, kalau boleh semua makanan dekat bazaar ramadhan dia nak beli, well said "nafsu"
kurangkan buat benda yang tak berfaedah


especially TIDUR. ni tak boleh lari ni, saya sendiri pun admit kalau tengah lapar tengah haus satu cara ja boleh hilangkan semua rasa lapar dan dahaga tu, memang confirm akan tidurlah hehe tapi apa kata dalam bulan yang mulia ini kita sama-sama perbaiki diri, kalau rasa lapar dan haus tu cuba perbanyakkan selawat, kalau masih lapar ok ambik Al-Quran baca setakat yang mampu, kan baik tu dapat pahala, daripada kita tidur je kan ? haa baiki apa yang patut. lagi-lagi bab gossip ni, perggh kalau bab gossip memang takleh nak lari kan ? tapi cuba, okey ? cuba jangan membuat perkara yang tak mendatangkan apa-apa pun dekat kita. kalau boleh kurangkan. tapi kan lagi baik kalau teruskan walaupun bukan di waktu bulan ramadhan. kan ?

okey,, saya taknak membebel banyak-banyak, saya dan pihak keluarga saya memohon maaf andai ada salah silap mohon di ampunkan, dan kami mengucapkan selamat berpuasa, dan selamat beramal.