Monday, May 1, 2017

Bos tak profesional


Assalammualaikum.

Kalau korang, rasa-rasa nak kerja dengan bos yang profesional ke tak ?

Bagi saya, bekerja dengan orang yang profesional adalah pilihan utama. Sebab kenapa ? Sebab semua kerja akan berjalan dengan lancar, dan dengan yakin kerja akan lebih mudah, berjalan dengan teratur. Sebab apa ? sebab tak ada campur tangan dalam hal-hal yang tak sepatutnya dibawa ke dalam kerja.
Contoh, bos ada masalah peribadi dengan seorang pekerja, dan disebabkan masalah dia dengan seorang pekerja itu, orang yang duduk rapat dengan si pekerja tu pun kena tempiasnya.Kesian dengan orang yang tak bersalah langsung, sampai hilang kepercayaan disebabkan oleh seorang pekerja. Yang macamni, layak ke nak jadi bos ? 

Bagi saya la kan, seorang yang digelar BOS di dalam sesuatu syarikat / premis sepatutnya bersikap professional, maksudnya tak bawa masalah peribadi ke dalam urusan kerja, kalau masalah peribadi di campur adukkan di dalam urusan kerja, kerja takkan pernah nak selesai. Yang ada rasa nak “membahan” je hari-hari, korang rasa ? best ke kerja kalau hari-hari nak “membahan” ? best ke kerja kalau sampai kesudah tak pernah siap ? best ke ? 😕

Lagi-lagi bab BOS yang tak pernah nak mengalah, nak dia je betul, orang bagi pendapat sikit dia taknak, eh buat ape ada pekerja kalau pendapat pekerja pun tak boleh nak terima. Kan ? 😒 kalau dia rasa dia nak syarikat / premis dia itu prestasi dia naik dengan baik, dia sepatutnya dengar dulu pendapat pekerja, ambik mana yang baik, praktikkan. Siapa tahu pendapat seorang pekerja itu boleh menaikkan lagi prestasi syarikat / premis. Kan ? tak macam tu ? ini tak, orang bagi pendapat dia taknak, tapi hari-hari nak mengamuk sebab prestasi syarikat / premis semakin menurun. Kau rasa siapa yang salah sebenarnya ?

So, jalan penyelesaian dia ni sebenarnya senang je, kalau ada masalah peribadi dengan si pekerja, sepatutnya selesaikan secara peribadi, tidak perlu dikenakan terhadap orang yang tak bersalah dalam masalah peribadi itu. Kalau nak merajuk sekali pun tak payah nak merajuk, nak mengamuk lama-lama sangatlah, benda kecik tak perlu nak di besar-besarkan. Dah lumrah seorang manusia itu ada kalanya hati dia akan membara sepanas api, ada kalanya hati dia akan jadi sejuk seperti ais. Tapi kan lebih baik memiliki hati yang baik daripada yang sebaliknya. Ajar diri untuk memaafkan kesilapan orang, sebab dalam dunia ni tak akan ada orang yang tak pernah berbuat salah, kita manusia ada kalanya kita alpa, tak semua benda yang kita buat itu adalah betul. Kadang benda yang kita rasa betul tu kadang-kala adalah salah di mata orang. 😊

so kalau koranglah jadi perkerja, korang rasa nak bos yang macam mana ?


 
Tempelate Decorated by theadddchiii|