Monday, October 26, 2015

Detik Waktu



Assalammualaikum semua.

So apa khabar hari ini ? Sihat ? Apa khabar iman dihati harini ? Dah semakin meningkat ke dah semakin down. Kalau dah semakin meningkat Alhamdulillah teruskan. Yang tengah down tu bawak bawak la diri tu up kan sikit iman didada. Bukan apa, kita manusia bersifat pelupa, mana yang lupa kita ingatkan. Tak salah kalau saling ingat mengingati sebab memang sifat manusia lupa. 😊

Waktu solat bagi sabah dan sarawak

Subuh  4;44AM
Zohor  12;02PM
Asar  3;21PM
Maghrib  5;59PM
Isya  7;10PM 

Kenapa saya tunjuk waktu solat sabah sarawak ?

Sebab saya asal sabah 😊 bukan setakat tu saya tunjuk sebab nak bagi tengok dekat semua orang, tengok la sekarang masuk waktu jam berapa ? Allahu saya terkejut besar tadi, bukan apa. Sebelum ni maghrib sini masuk waktu dalam jam 6 petang tak pernah lagi dalam jam 5 petang,  mungkin pernah tapi mungkin waktu tu saya tak berapa ambik kesah sangat. Tapi bila umur dah meningkat ni dah tau selok belok semua dah tahu mana yang wajib, mana yang haram, mana yang halal. Saya semakin ambik berat tentang semua tu malah saya makin fikir saya kaji dengan teliti kenapa boleh macam tu ? Kenapa ? Dan kenapa ?

Dan sekarang saya sedar, kita ni umat akhir zaman. Memang semua orang perasan benda yang sama tapi TAK SEMUA ambik kesah tentang apa yang berlaku, TAK SEMUA kesah kenapa macam tu.  TAK SEMUA. Saya ulang TAK SEMUA !

Bila saya sedar makin hari makin cepat waktu berlalu, saya jadi takut, bukan saya takut sebab masa meninggalkan saya tapi saya takut kalau kalau tak sempat nak taubat dekat Allah tengok tengok bangun esok pagi matahari dah terbit sebelah barat. ALLAH. Sungguh saya takut.

Dengan dunia zaman moden ni sekarang banyak benda boleh melalaikan seseorang, bukan setakat melalaikan tapi membuatkan kita sampai lupa untuk lakukan perkara wajib terlebi dahulu sebab apa ? Sebab terlalu lalai dengan gadjet gadjet yang ada dalam zaman moden ni. ALLAHU. Masa semakin hari semakin meninggalkan kita tapi kita ? Ada kita gunakan masa tu dengan sebaik baiknya ? Ada kita guna masa tu untuk kebaikan ataupun sebaliknya ? Adakah setiap detik waktu kita ada bersyukur kepada Allah ? bertasbih kepada-NYA ? Memohon ampun kepadanya ? ADA ! ? Tepuk dada tanya iman kita. Cukup ke bekal iman kita hari ini untuk akhirat kelak ? CUKUP !? Saya sampai semakin hari semakin geram dengan diri sendiri sebab apa ? Sebab kadang terlalu leka, terlalu leka dengan apa yang sepatutnya saya lakukan dengan apa yang sepatutnya SAYA TIDAK LAKUKAN.

Tapi bila semakin hari semakin terasa bahawa akhir zaman sudah semakin mendekat saya terpaku sendiri, teringat dosa dosa lalu, Allahu. Sungguh, kalau boleh putarkan masa saya nak perbaiki apa yang saya lakukan saya nak perbetulkan apa yang salah, semuanya. Tapi apakan daya, sebab tu orang kata,"masa itu emas, kakau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita" dan saya sendiri leka sampai tidak pernah perasan bahawa masa itu betul betul emas. Betul betul emas yang sangat berharga, yang mana setiap detiknya, setiap saatnya, setiap minitnya itu SANGAT BERHARGA. SANGAT BERHARGA !

sama-sama muhasabah diri, sama-sama ingatkan diri. Mana yang buruk kita jauhi mana yang baik kita jadikan teladan. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Ingat, pintu taubat Allah masih terbuka, jangan sia siakan peluang yang ada, tepuk dada tanya iman kita, sama ada kita nak kejar peluang kita atau kita biarkan peluang tu pergi begitu sahaja.

Assif ;) assalammualaikum.



Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H



Assalammualaikum semua (: 

Cepat kan masa berlalu ? pejam celik pejam celik dah masuk 1 Muharram.
Memandangkan harini 1 Muharram, so nak share sikitlah pasal perubahan di tahun baru ni. Hmm hmm jangan sangka tahun baru tu sekali je, tahun baru tu ada dua kali, satu dalam kelender biasa yang kite tengok tu and satu lagi dalam kelender islam lah seharusnya. For those people in this earth in religion of ISLAM mesti tahu awal tahun dalam kelender islam kan ? Kalau tak tahu tu tepuk dada tanya iman sikit (:

SALAM MAAL HIJRAH semua. Once again.

Dah masuk tahun baru ni azam kene baru, jangan asyik azam nak lulus tapi usaha takdo, jangan asyik nak hidup mewah tapi usaha nak cari rezeki takdo, jangan kata azam tahun ni nak jadi budak baik tapi tetap buat jahat sana sini. *tepuk dada tanya diri sendiri*... tahun baru ni kene ubah diri sikit, sampai bila kita nak hidup dalam zaman jahil kita kan ? Sampai bila nak tanggung dosa lambak sana sini ? Sampai bila nak tambah dosa mak ayah, tak sayang mak ayah ke ? kalau sayang mak ayah, please make a move on. Jangan sampai nanti pintu taubat dah tutup baru sedar timbangan dosa lagi berat dari pahala. Allahu. Moga dijauhkan dari sifat ni *sob sob lap air mata*

For those yang selalu kata "ala bro, hidayah belum penyapa la bro", "alaa sis, belum sedia la sis nak pakai tu ni, tak sedia lagilah".. sampai bila nak jadi macam ni bro ? Sis ? Sampai bila kita nak elak "HIDAYAH" yang sebenarnya dah lama menyapa kita,  cuma kita yang tak sedar , tak ambik tahu. But actually bukannya kita tak sedar, cuma kita buat buat tak sedar sebab mungkin dalam kepala hotak dia "umur masih panjang la wei, buat apa nak taubat awal, nanti dah tua barulah, masa muda masa enjoy" k, for those yang ingat macam ni please take a note sikit.

Pintu taubat pun tak tunggu korang nak taubat tau. Ajal muda tua dia tak kira tau. Muda tua kalau dah ajal memang ajal. 

Peringatan buat diri sendiri juga. Sebab manusia memang takkan lepas dari dosa tapi bilamana dia still try taubat mintak ampun dengan Allah, insya Allah diampunkan (:
makcik pakcik auntie auncle Abang kakak adik adik sayang semua, masa mudalah bagus kalau nak berubah sebab otak masih fresh, badan masih sihat kuat dan bertenaga. Jyeahh. Takkan menyesal punyelah kalau nak berubah awal ni. Memanglah kalau nak berubah tu ada "BENDA"  hilang sikit dari diri kita tapi ingat yang hilang Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik sebab Allah takkan ambik yang kita sayang melainkan dia akan ganti dengan benda yang lagi baik. Percaya janji Allah. Insya Allah bahagia. In sya Allah  *senyum sikit (:* apa yang saya bagitahu ni betul sebab saya sendiri merasa benda yang sama *chill*

And For those yang otw dalam perubahan, teruskan sayang. Jangan toleh belakang, biasalah kalau dalam perubahan tu ada naik ada turunnya, yang penting kita kena terus kehadapan jangan asyik nak pandang belakang je kan ? Sampai bila ? *tepuk dada tanya diri sendiri* kalau rasa banyak beban yang datang dalam tempoh "PERUBAHAN" jangan mengalah, sebab Allah takkan uji seseorang tu diluar kemampuannya. Yang penting kena kuatkan semangat 💪 kena pegang niat tu kuat kuat nak berubah sebab apa. Jangan berubah sambil lewa. Memang lewa jugalah usaha kalau macam tu kan ? Hmm hmm


So, di kesempatan ini, admin nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau ada terkasar bahasa, termakan terminum tercakap atau terambil mohon dihalalkan mohon dimaafkan. Siapa tau dalam diam ada yang menyimpan perasaan. Siapa tahu kan hati manusia. Saya pun manusia biasa tak lepas dari dosa. Kalau nak kata baik tu tak juga cuma saya sedang berusaha ingin menjadi yang terbaik untuk yang terbaik di mata Allah nanti. saya pun masih banyak lagi kekurangan, masih banyak lagi benda yang perlu saya pelajari. tapi saya takkan mengalah, kena kuat untuk jadi kuat.  Saya minta maaf semuanya (:

🌸 Xoxo Assalammualaikum. Laila saedah 🌸

Manukan Island Part II



Assalammualaikum (; 


So dah balik dah balik dekat citer island aku ni. Haha *gelak happy*.

Nak dijadikan citer, actually kitaorang tak jadi senanye nak gi island ni tapi tetiba malam tu kitaorang plan balik then esoknya jadi, and im so exited !

4.10.2015

So kitaorang bertolak dalam jam 8 macam tu yang penting sampai jeti sebelum jam 9 sebab biase bot akan jalan adalah dalam jam 9 macam tu, so sampai jeti kitaorang daftar bot bayar tu bayar ni. Kitaorang pegi satu pulau je sebab misi utama kitaorang pegi pulau sebab nak mandi laut je sebenarnya. Yeyehh !
So kitaorang bayar dalam RM45 capur dengan safe jaket and #spek renang.  *actually lupa nama dye ape, malas nak google 😂😂* Murah kan ? At least tak cecah upper hundred kan ? Murah la tu, murah la.  Hohoho

9;10AM

Sepatutnya boat kitaorang jalan jam 9 tapi disebabkan ada jem sikit dekat laut so kitaorang jalan jam 9;10 lewat sepuluh minit je pun kah kah. Then dalam 9;10am kitaorang bertolak pegi pulau huaa then kitaorang sampai tu im not sure jam berapa sebab too exsited sampai pulau tak tengok jam dah yang saye tengok permandangan pulau je. So so so beautiful subhanallah. Then sampai pulau kitaorang chek in bayar rm3 sebab dah besar kalau kitaorang adult bolehlah bayar rm1 tapi umur tak mengizinkan bayar rm1, so issokey la yang penting happy (;

Sampai tepi pantai kitaorang servey tempat yang teduh sikit lepastu yang penting dekat sikit dengan pandangan mata, takut nanti ada yang hilang kang menangis kang. Haa (; lepas cari tempat kitaorang terus terjah laut, tak tukar baju sebab dah ready dah pun pakai baju siap sedia mandi terus. Hahaha kan senang macam tu kan ? Haa ;) *dengannadahappy*

Mandi punya mandi kitaorang stop dalam jam 12;50 sebab nak ready tukar baju kering lepastu balik jeti, kitaorang ambik sampai jam 2 je sebab tu berenti awal lagipun kalau tengah hari nak mandi laut tambah hitam kang, menangis nanti kitaorang kalau terlampau hitam. Then lepas dah siap salin pakaian kitaorang shooting kejap. Well tempat menarik sape je yang tak nak take a selfie kan ? Tu perkara paling wajib tu tau kah kah memang semua orang pun buat bende same an kalau pegi tempat best macam tu *peace* . Lepas shoot makan kejap (bekal sendiri)

Dah siap makan, siap salin pakaian, siap shoot dalam jam 1;50pm macam tu kitaorang pegi tempat tunggu boat sebab masa dah habis, jam 2.00pm kitaorang balik jeti, tapi sebelum balik sempat jugak jenguk dua pulau tu, tapi tengok macam tu jelah dari jauh kalau nak jejak kaki tu i guess belum sempat lagi kah kah *gelaksedihsikit*

Lastly, sampai jeti, dah sampai jeti mata pun semakin penat mengantuk giler biaselah kan lepas mandi mesti penat.. so kitaorang balik dengan penatnya then dengan mata yang tahan mengantuk plus dengan hati riang ria happy semacam.. happy gile sebab dapat pegi tempat tu, lepasni nak pegi lagi tapi nak try main satu game. Kah kah kah baru puas hati. Hihi

Xoxo assalammualaikum. 

Friday, October 9, 2015

Manukan Island part I



Assalammualaikum semua. 

Chillax hope korang semua sihat insya Allah.. hihi kalau tak sehat tu biasalah, musim yang tak menentu. Kena lagi dengan adanya jerebu teruk thats why kena jaga kesihatan. Dimana juga kita berada, mesti kene jaga kesihatan. Kang sakit kang sape yg susah ? diri sendiri jugak yang susah kan, so sebelum nak susahkan diri sendiri better jaga kesihatan tu.

K fine ! Panjang lebar aku cakap pasal kesihatan. Well haze make my mouth bising bla bla bla pasal kesihatan..

So, hmm done about kesihatan ? Hihi ofcos la done already. K back to my tittle, MANUKAN ISLAND PART I, so citer sikit pasal manukan island, ianya terletak di sabah, witch is in the middle of SAPI ISLAND AND MAMUTIK ISLAND. stratejik kan tempat island ni, dah tempat pun stratejik mestilah syok kan ? Kah kah

 😁 Tiga pulau ni same je ke ?

 Actually, sy tak berapa nak sure sama ke tak sebab saya tak pernah jejak kaki lagi untuk pulau sapi dan pulau mamutik tu. Ada rezeki nanti saye jejak kaki juga dekat dua pulau ni, insya Allah. Nanti.

Apa yang ada dekat MANUKAN ISLAND ? 

Hmm tell you what. Kalau ada pulau mesti ada ikan, ada laut, ada hutan, ada darat, but with the detail one. Pulau kot kan ? Mestilah ada laut. Well everyone suka pulau, tapi kalau yang gayat / tak suka / trauma or whatever it is. Tu lain citer aa, but for me, i like it much. Ya Allah, kalau korang nampak lepastu hayati ciptaan Allah, sungguh korang pasti jatuh cinta. Tell you, ciptaan Allah tu betul betul cantik betul betul indah subhanallah, hanya hati, mata dan perasaan aku jer yang tahu macam mana indahnya ciptaan Allah sampai aku tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Seriously, sangat indah. Subhanallah.

Wow ! Hmm hmm murah ke ? Mahal ke ? 👉👈



Pendapat aku, okeyy kene servey dulu nak pegi island nak buat ape ? Nak mandi ke ? Playing a game yang island dah sediakan ke ? Nak main fkying fox ke ? Ape ke ? KAlau rasa nak jejak kaki je nak hayati alam sekitar murah la kot bagi aku for one island ONLY laa. Kalau nak jejak kaki untuk 3 island murah jugak sebab it just under RM50. Right ? So bebaloi la kan ? Dapat jejak kaki untuk tiga island for just under RM50. Kan ? Kan ? Bagi aku dah kira berbaloi la tu. The ceap one. Ecewahhh kah kah -.- Tapi kalau korang rasa nak mandi, nak rasa air laut masin dye macam mane bolehlah kot stay satu island je sebab mandi laut pun best jugak. Yeyehhhh ! Tapi kene ade kos lepas la, kene pilih untuk tiga island tu nak pegi island yang mana satu aa macam tu haaaa

 Ohh ade game jugak ehh dekat island ni ? 

Haipss mestilah ade *buat-buat tahu* okeyy actually pasal game ni saye tak berape nak sure sebab aku tak penah try lagilah nak main game dekat island ni, takpe next time saye jejak kaki saye try main ehh hahaha. So nak tahu lebih lanjut boleh la minta tolong encik google. So yang belum try. Please, try la biar pun satu island. Rugi korang tak try sebab pulau ni Ya Allah, subhanallah, cantik sangat. Saye tak tipu. Ni betul-betul bukan main-main hihi . So kene try jangan tak try.

Xoxo assalammualaikum ;)

Thursday, October 1, 2015

Continue studying


hai people. kaifa haluka/haluki ? 

so, harap korang sehat selalu takdelah nak ngade sakit-sakit ehh hihi. amin insya Allah.

so hmm talk about my tittle today, ada rasa sedih kat situ kan ? huu *lap air mata* actually, yes i am. yes ! yes ! and yes ! sedih sebenarnya bila tengok kawan-kawan dah sambung study and look at me, still sitting here like people with no idea. tapi takpe, chillax. study boleh sambung bila-bila masa cuma yang penting saya mesti ada kepercayaan diri, kena kuat untuk jadi kuat, kena semangat untuk capai apa yang saya nak sebenarnya. hmm.

so talk about study. takpe bukan rezeki nak sambung study tahun ni takpe boleh cuba next year. insya Allah ada jalan punyelah. takkan nak mengalah awal kan ? ofcos no, that is none of my type. so dengan kesabaran yang ada dalam hati. sabar jelahh. 

so untuk kawan-kawan yang berada nun jauh dimata, semoga berjaya, goodluck with the new chapter, goodluck with youre new friends, new situation and what ever it is. ni bukan zaman budak sekolah k kena buat somethings with geng, ni zaman remaja that show you, kau buat semua benda kena buat sensorang, tak buat tak untung ape pun tapi kalau buat untung besar beb. haaa so GOODLUCK DEAR DEAR ALL. 

hmm lastly. i miss you guys. kbye

 
Tempelate Decorated by theadddchiii|