Review Wawa Sunscreen - kaellaaaa's

Advertisement

Review Wawa Sunscreen

 Assalammualaikum | Review Wawa Sunscreen


hi lovelies!

Kaella dah setahun lebih terjebak dengan Wawa Sunscreen, and yes! kaella dah jatuh cinta dengan produck daripada Wawa Cosmetics. 

mulanya, kaella hanya sekadar "nak cuba", sebab sunscreen yang kaella gunakan sebelum ni agaknya dah tak sesuai dengan keadaan kulit muka kaella sekarang, bila kaella guna berpeluh dengan bahagian mulut dan buatkan bedak "bercapuk". Bukan satu dua kaella cuba, tapi banyak dah. Result pula, still sama. Kadang rasa malas nak apply sunscreen sebabkan kaella tak selesa bila bahagian atas dan bawah mulut dah mula nak berpeluh. Lagi-lagi bila menggunakan mask, lagi teruk kejadiannya. (zaman covid dulu)

sampai satu tahap ni, kaella rasa nak cuba dengan Wawa Sunscreen. Banyak feedback daripada orang ramai tentang sunscreen ni. Kebanyakan feedback menunjukkan mereka berpuas hati sepanjang penggunaan Wawa Sunscreen. kita apa lagi, paling pantang tengok feedback okey, terus nak try satu. Maka bermulalah edisi kaella mula dekat dengan Wawa Sunscreen. 

suprisingly, it turns out to good Quality. Texture lembut senang nak blend. Tidak melekit bila apply dekat kulit muka. Tidak terlalu tebal, rasa sangat ringan. Tidak berminyak and all. Benda sangat-sangat kaella suka dengan sunscreen ni antaranya ialah wangi Sunscreen tu sedap (but takleh makan oki). Dan semestinya sebab Sunscreen ni boleh putihkan kulit muka, muka semakin cerah. ⭐⭐⭐⭐ untuk Wawa Sunscreen!


Benda yang saya perasan selepas penggunaan Wawa Sunscreen ni, Jerawat semakin pudar. Kaella dulu sejenis jerawat besar selalu bertapak dekat dahi atau dekat bahagian mulut. Mungkin juga disebabkan tiada penggunaan sunscreen, tapi sekarang dah semakin membaik dan semakin insaf dengan penjagaan muka. Kedua, muka tidak lagi menghadapi SunBurn yang teruk. kadang tu, hiking bukit kejap je dah jadi sunburn teruk, padahal hiking atas bukit banyak pokok, kurang terdedah dengan matahari. Tapi sebabkan muka jenis cepat merah, sunburn teruk la kena. 

korang pula macam mana ? Dah cuba Wawa Sunscreen tak ?

Post a Comment

3 Comments