AQUA WHITENING CREAM| ‎MOISTURIZER WATER BASED ‎TERBAIK UNTUK MENGATASI KULIT ‎BERMINYAK - kaellaaaa's

Advertisement

AQUA WHITENING CREAM| ‎MOISTURIZER WATER BASED ‎TERBAIK UNTUK MENGATASI KULIT ‎BERMINYAK


Assalammualaikum and hi everyone | Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Mengatasi Kulit Berminyak

Me entering 2023 dengan muka yang breakout disebabkan penggunaan mekap yang melebih. Jerawat merah, tiny bump, burning and so on. So kaella masuk tahun baru dengan semangat yang down disebabkan muka kaella rasa teruk dalam tempoh beberapa bulan. Dalam hati “Tahun baru tapi muka still tak okey :(.”

Sebabkan muka kaella bertambah teruk, kaella kena cari jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sebabnya, produk yang lama dah tak boleh teruskan dekat kulit muka, kulit dah tak boleh terima dengan baik. Jadi, kaella teruskan dengan niat, cari produk baru. Dalam kaella cari produk baru yang low PH, datang satu produk yang sebenarnya kaella sendiri tak pernah kenal dan tak pernah tahu kewujudannya. Korang boleh imagine tak, produk ni  waktu-waktu kaella sangat memerlukannya. Magik rasanya, bila mana kau sedang cari sesuatu benda yang bantu kulit kau membaik, benda ni datang macam tu jer. Rasa macam, berjodohan dengan produk ni.

2 minggu kaella guna tanpa skip sehari pun, rasa dah nampak perubahan dalam wajah kaella, sebelum ni kaella rasa muka kaella sangat-sangat berminyak, sampaikan kena cuci muka pagi, tengah hari, petang dan malam. Sebab utama, sebab kaella tak selesa dengan muka yang “too oily”. Rasa macam muka tak dapat nak bernafas dengan baik.

Can you guys feel that ?

Magicnya, produk ni datang masa kaella dah tekad nak ambik produk lain untuk gantikan produk lama sebab rasanya dah sampai masa untuk kaella tukar lain. Macam yang korang tahu, kaella bukan jenis suka tukar produk dan guna produk yang banyak dalam satu masa. If rasa okey, kaella akan setia dengan satu benda sahaja.


Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah sejenis pelembap muka yang berasaskan air yang sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit kombinasi, kulit kering, kulit berminyak dan kulit normal. Pelembap muka ini membantu dalam melembapkan, memutihkan dan mengawal minyak atau sebum yang berlebihan pada wajah. Ia juga membantu dalam mengurangkan kemerahan dan selaran matahari.


Bahan Utama Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream

Camellia Japonica Seed Oil

  • Non-Comedogenic, X Block skin pores (pori besar atau pori terbuka), X Contribute to acne 
  • Repair redness and sunburn
  • Keep Moisturizing deep into skin

Selain memastikan kulit wajah tidak menyumbat pori-pori, Camellia Japonica Seed Oil ini juga berkesan memberikan kelembapan jauh ke dalam kulit wajah. 

Niacinamide

  • Also known as vitamin B3, benefits for aging skin
  • Improve fine lines, dullness and a weakened skin surface
  •  Can control excess sebum and oil on skin
  • Protects against sun damage; rebuild healthy skin cells
  • Mengecilkan pori besar. Keeping skin smooth and moisturized.
  •  Improved and brighten uneven skin tone, treat hyperpigmentation

Manfaat lain niacinamide atau vitamin B3 untuk kulit ialah ia membantu memperbaharui dan memulihkan permukaan kulit daripada kehilangan lembapan dan dehidrasi dengan membantu kulit meningkatkan pengeluaran semula jadi ceramide penguat kulit.

Niacinamide terkenal untuk merawat jerawat. Ia berkesan untuk mengurangkan pengeluaran sebum daripada kelenjar sebum kulit dan juga mengurangkan keradangan jerawat. Jenis jerawat biasa yang boleh dirawat oleh niacinamide ialah bintik putih, mengecilkan pori besar, bintik hitam, dan jerawat. 




Krim Muka Terbaik – Tekstur Ringan & Tidak Berminyak

Kaella sudah lalui penggunaan krim muka yang banyak dalam masa yang terdekat. Ada sesetengah pelembap muka memiliki texture yang ringan tapi terlalu sticky bila kita apply dekat area wajah. Sesetengah masalah pula, sticky dan sangat sukar untuk ratakan di wajah.


Kenapa krim muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni krim muka terbaik ?

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini memiliki texture yang sangat ringan dan tidak melekit. Oleh sebab krim muka ini berasaskan air, maka pelembap ini sangat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit wajah berminyak dan kulit wajah kombinasi. 

Moisturizer apa yang bagus? Moisturizer water based lah kerana teksturnya yang ringan dan mudah menyerap sesuai dijadikan krim muka untuk kulit berminyak



Cara Penggunaan Pelembap Muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.

Penggunaan moisturizer ni berapa kali sehari ? Pelembap muka mestilah digunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu siang dan malam. Hydrating moisturizer ini juga merupakan krim malam terbaik kerana dengan kaedah penggunaan double layer pada waktu malam, boleh menunjukkan kesan keesokan pagi iaitu wajah terasa kurang berminyak. Tips penjagaan muka ini boleh digunakan jika jenis kulit muka anda adalah sejenis kulit muka yang berminyak.

Selain dapat mengekalkan kelembapan muka, krim muka ini juga mampu membantu mengecilkan pori besar, pori terbuka dan sangat membantu dalam merawat kulit yang berminyak. 


Cara Guna Moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream;

  • Sapu rata pada kulit wajah secara memutar secara perlahan-lahan sehingga nampak titisan air.
  • Tepuk-tepuk manja wajah sehingga krim menyerap ke dalam kulit wajah.

Pelembap muka terbaik ini merupakan moisturizer water based, sangat-sangat mudah untuk meresap kedalam kulit muka. Jangan risau okey ? Aqua Whitening Cream ini juga tidak melekit dan sesuai dijadikan sebagai skincare untuk kulit berminyak.

Pelembap muka terbaik ini membuatkan kulit muka lebih moisturizing dan glowing

My Review : 



Rasa nak marah sebab kenapa baru tahu tentang moisturizer terbaik ni -.- sebabnya sangat-sangat sesuai dengan kulit muka kaella. Antara benda yang kaella nampak berubah ;

  • Kulit kemerahan semakin berkurang
  • Tiny bump dah kurang
  •  Kulit tidak terlalu berminyak
  • Kulit rasa lembut dan segar, tidak terasa tegang

After using this product, muka kaella akan rasa lembut dan extra saaaaaaangat lembab. Sebab sebelum ni muka kaella selalunya banyak minyak. Rasa nak goreng ayam seketul pun boleh rasanya. But, surprisingly this product change everything on my face. Even minyak pun boleh kurang, so apa lagi untuk tiny bump. Pelan-pelan pudar. Beauty take times right ?. Sejujurnya, kulit muka kaella apabila bangun seawall pagi akan terasa terlalu berminyak, kadang rasa macam marahkan diri sendiri, salahkan rambut, salahkan bantal, padahal semuanya berpunca daripada penjagaan kulit wajah yang sesuai. So, lepas guna pelembap muka terbaik ni rasa minyak saaaangat berkurang bila tiba waktu pagi, pori besar pun dah tak nampak sekarang ni. Rasa semakin yakin, lebih lagi bila encik suami tegur “dulu cubit pipi terasa tegang, sekarang cubit pipi rasa lembut je, dah nampak kurang berminyak sikit muka tu”. Kaella pun apa lagi, kena semangat banyak lah lepasni. Jumpa krim pelembap ni pun rasa miracle betul. Jumpa dalam masa yang sesuai.

Sebelum cuti sekolah yang panjang, kaella ada join satu aktiviti sukan lasak. Kebanyakan masa akan terdedah dengan cahaya matahari, even waktu tu hujan, muka kaella still terbakar dan rasa terlalu berminyak. Nasib baik bawa sekali Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Semua masalah muka boleh settle dengan product ni saja. 


Korang kena cari sini tau, 

Brand: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Post a Comment

2 Comments