Assalammualaikum | RE : UPDATE MY BLOG
Kaella LOST TRACK dalam tempoh yang agak lama ya, kadang-kadang sibuk dengan kerja, kadang-kadang sibuk dengan urusan peribadi, kadang-kadang sibuk dengan urusan yang tak pernah ada pengakhirannya.
begitulah kehidupan, ada saja yang nak disibukkan.
Apa khabar semua ? harap semua sihat-sihat sahaja, dan dijauhkan daripada segala perkara yang buruk-buruk. Ameen 🤲🏻. lama sangat tak bersua dalam dunia blogging, sampai akhirnya lupa cara nak berblogging, lupa cara menaip 😂 lupa juga cara nak publish 🙊 nasib baik sempat recall cara berblogging.
kaella banyak menyepikan diri, bukan sebab apa, saja menghilang mencari ilham yang tak kunjung tibanya dalam diri ini. Rasa diri tidak produktif dengan pelbagai kerja yang mendatang dan rasa diri tak mendapat banyak manfaat.
tipulah kalau kata tak rindu dengan dunia blogging. rindu berat 😥 sebabnya tak boleh nak paksa diri untuk terus usaha posting walaupun sebulan sekali. kadang, rasa hampa dengan diri sendiri sebab tak boleh nak kuat usaha macam orang lain. rasa macam, hampa 😭 InsyaAllah, doakan agar menjadi lebih baik pada masa yang akan datang. walaupun sebenarnya masih sibuk urusan urusan penting yang akan mendatang.
jadikan sekecil-kecil ruangan itu agar kita boleh menjadi lebih maju kehadapan. Bukan dengan kemajuan yang sia-sia tapi dengan kemajuan yang sentiasa tinggi. 💛 semoga dengan kemajuan ini boleh kita bangkitkan diri jadi yang lebih baik kedepan, bukan menjadi yang lebih buruk kebelakang.
semua orang ada struggle mereka yang tersendiri, cuma keadaan berbeza kerna bergantung dengan usaha dalam diri seseorang itu. kalau nak dapat, tak nak rugi.
3 Comments
Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya
ReplyDeleteAmin.. Amin.. Terima Kasih
DeleteWelcome back.. Ya, semua orang ada struggle masing masing... Keep it up ya dalam dunia blogging.. hehee.. Semoga dipermudahkan urusan kehidupanmuu ❤️
ReplyDelete