Buat Sticker Whatsapp Menggunakan Whatsapp Web - kaellaaaa's

Advertisement

Buat Sticker Whatsapp Menggunakan Whatsapp Web

 Assalammualaikum | Buat Sticker Whatsapp Menggunakan Whatsapp Web


Kalau korang sejenis kaella, suka buat sesuatu dalam jangka pendek menggunakan handphone dan tak suka penuhkan storage handphone, mesti tak suka download satu apps yang tak terlalu digunakan. Antara sebabnya ;

1- Jarang digunakan

2- Tak nak penuhkan Storage Handphone 

Biarpun sebenarnya storage handphone kaella agak besar, tapi kaella sejenis tak suka bila handphone kaella loading atau too slow bila nak digunakan. Sebabnya banyak lagi benda penting yang boleh kita download untuk kegunaan harian. 

Buat Sticker Whatsapp Perlukan Apps "Sticker Maker"!

Tidak. Sebenarnya, kita boleh saja kita gunakan whatsapp web untuk buat sticker tanpa perlu download Apps Sticker Maker

Apa yang diperlukan hanyalah 1️⃣ Whatsapp Web dan 2️⃣ gambar yang korang nak jadikan Sticker. 

  • Korang kena Log in terlebih dahulu whatsapp korang di whatsapp web Whatsapp Web
  • Klik pada bahagian Sticker kemudian Klik pada bahagian Create 
  • Kemudian Cut pada bahagian yang korang nak. 
  • Kemudian klik pada bahagian Done, dan siap! mudah bukan ?

sekarang, korang tak payah nak susah-susah download apps kemudian edit, dan akhirnya aplikasi tu terbiar sampai ke sudah. Apa kata, manfaatkan kemudahan yang disediakan, Media Storage pun boleh dikurangkan. So, korang dah boleh buat sticker whatsapp dengan menggunakan Whatsapp Web. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Thank you share! Serious baru tauuu boleh buat macam ni. Sebab sebelum ni kan semua cakap kena download apps, tapi tak berbaloi nak download semata nak buat 1 sticker ja.

    ReplyDelete
  2. wahhh senang je rupanya. Thanks Kaella

    ReplyDelete