Fully Vaccinated! - kaellaaaa's

Advertisement

Fully Vaccinated!

 Assalammualaikum | Fully Vaccinated!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

"Sahaja aku mengambil Vaccine untuk kesihatan diri daripada penyakit berjangkit"


syukur masih diberi peluang untuk mengambil vaksin. Kaella serahkan semuanya untuk kesihatan diri dan menghindarkan diri daripada sebarang penyakit. Bila tengok keadaan tempat vaksin yang terlalu ramai sebabkan belum dapat tarikh lagi, kaella rasa syukur sebab diberi peluang awal. 

Kesian bila tengok ramai orang tua dan orang yang sepatutnya ambik dulu masih belum ada tarikh temujanji, lain lagi untuk orang yang tak tahu nak apply macam mana 😭 terus teringat dekat family dekat kampung. Syukur, pengurusan dekat kampung pun okey, family majoriti semua dah lengkap 2 dos. 


Kesan Vaksin Pertama (Sinovac)

  • Tangan memang akan kebas
  • Sejam selepas vaksin kaella sakit kepala sangat-sangat
  • Rasa mual
  • Selera makan tak kuat sangat


Kesan Vaksin Kedua 

  • Tangan kebas 
  • Pening, tapi tak teruk sangat


Setakat yang kaella ingat hanya itu sahaja, hari-hari lain kaella rasa okey jer, takde kesan sampingan yang teruk. Masih boleh kawal diri. Tangan kebas tu kaella boleh rasa dalam 3-4 hari, tapi takdelah kebas sangat, still maish okey. 

           

Dos pertama haritu kaella datang tak ramai sangat orang, tapi bila dah masuk dos kedua ramai orang dekat situ tu macam nak ambik exam, korang tau kan ? Dalam masa yang sama takut juga ramai-ramai camni sebab kita tak tahu orang semua sihat atau tidak. Harapnya semua sihat 🙏🏻


Korang dah vaksin ke ? 

Satu je nak bagitahu, dapat appoiment apa pun, vaksin jenis apa pun ambik saja, jangan nak memilih end up nanti tak dapat vaksin kan dah rugi. Banyak kes kaella nampak dah dapat temujanji ni tapi nak vaksin jenama ini. Dapat dekat kawasan sini tapi nak temujanji kawasan tempat lain. Adoilahh pening nak ngadap perangai orang yang macam ni. Kita kena terima, dan bersyukur masih diberi peluang dapat vaksin. 

oki ? 


Post a Comment

14 Comments

  1. alhamdulillah.. smuanya dipermudahkan.. busyra dah selesai 13 Jun haritu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah lengkap 2 dose. Samalah kita kesan tak teruk sangat. Syukur. Semoga baik baik saja dihari mendatang. Aaminn...

    ReplyDelete
  3. wow! selalu dengar orang kata kuat selera makan. Saya pun sama xda selera makan. rasa nak tido je. Lemau semacam. Hehe second dose minggu depan. In shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. Rabia dah settle second dose
    Lenguh bahu ni

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Sha pun dah selesai dua dos..
    Sep sikit.. geng sinovac.. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah yeeeee..Bestttt3

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...tahniah dah fully vaccinated....

    ReplyDelete
  8. X sabar nak cucuk dos kedua pd 1 sept nanti. Lps tu buleh rentas daerah nk balik kg!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah kaella semoga menjadi pelindung wabak covid

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah vaccine 😃 saya baru daftarkan mak saya, tak tahulah bila turn nak sampai adeh

    ReplyDelete
  11. tahniah! saya bulan 9 ni xD

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kita pun dah vaksin. Satu family kita dah vaksin, sebab kita takde orang bawah umur 18 . Semoga Malaysia cepat capai herd immunity

    ReplyDelete