Resepi Popia Carbonara Cheese Meleleh Semudah ABC - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Popia Carbonara Cheese Meleleh Semudah ABC

 Assalammualaikum | Resepi Popia Carbonara Cheese Meleleh Semudah ABC


Kaella pernah beli satu kotak Popia Carbonara dengan harga RM12.00 dan hanya ada 5 ketul dalam 1 kotak. Rasanya sedap, lembut dan tidak memuakkan. Cuma Popia Carbonara yang kaella pernah beli tidak menggunakan Cheese. 

Kemarin kaella pergi beli barang dapur dan tanpa sengaja kaella ternampak botol Sos Prego Carbonara, terus teringat dengan popia yang kaella pernah beli dulu. Harga sebotol pun boleh tahan mahal, tak hairanlah akak tu jual Popia Carbonara dengan harga yang tinggi sebab bahan-bahan yang digunakan pun boleh tahan mahal. 

Kaella pun teringin nak makan lagi dan kali ini kaella buat sendiri sebab lagi puas hati boleh makan banyak sikit. Resepi pun mudah dan sedap dimakan.

Resepi Popia Carbonara Cheese Meleleh

Bahan-bahannya ;

  • Kulit Popia 
  • 1biji Bawang Besar
  • 3/4 ulas Bawang Merah dan Putih
  • Sosej ( pilihan )
  • Isi ayam 
  • Caroot 
  • 1 Botol Sos Prego Carbonara
  • Chesdale (Cheese) 
  • Serbuk Lada Putih
  • Secukup Rasa

Cara-caranya ;



  • Potong bawang besar, bawang merah dan putih, sosej, isi ayam, caroot dalam bentuk potongan dadu.

  • Tumis bawang besar, bawang merah dan putih sehingga naik bau.

  • Masukkan Isi Ayam dan gaul sehingga ayam kelihatan matang.

  • Masukkan Caroot dan gaul sehingga caroot kelihatan cukup masak. 

  • Masukkan Sos Prego Carbonara dan campurkan sedikit air, kemudian gaulkan sehingga sos kelihatan agak pekat. 

  • Masukkan secukup rasa dan serbuk lada putih mengikut ukuran perasa masing-masing. 

  • Sejukkan sekejap dan boleh mula menggulung.
Kaella gunakan Cheese yang ni. Pic By Google. 

  • Potong chesdale memanjang kepada 10 bahagian.
Kaella gunakan kulit popia jenis ni. Tak mudah hancur. Pic By Google

  • Ambik popia letakkan isi yang sudah dimasak tadi kemudian masukkan Chesdale yang telah dipotong memanjang dan gulungkan seterusnya lekatkan menggunakan air biasa. 

Kaella lekatkan dengan air biasa sahaja, popia dan melekat cantik. Kalau tak lekat cantik boleh gunakan Putih Telur. 

  • Akhir sekali masak dalam api yang perlahan agar kulit popia tidak hangus dan cantik apabila siap dimasak. 

  • Siap dan boleh dihidang. 


Resepi Popia Carbonara Cheese Meleleh ini sangat-sangat mudah untuk dimasak. Makan waktu panas lagi sedap dan terasa cheese tu meleleh dalam mulut. Tak muak dan pastinya mahu tambah lagi dan lagi. Anak buah dekat rumah pun seronok siap minta buatkan lagi. 

Popia ini juga boleh dibekukan dan disimpan untuk digoreng pada esok hari. Sedap jugak ni makan waktu sarapan pagi mix dengan air teh. Buat banyak-banyak kemudian jadikan stok untuk akan datang. 
Nanti tinggal goreng sahaja dan siap untuk dimakan. 

Selamat Mencoba!



Post a Comment

15 Comments

  1. Sedapnya..terliur tengok gambar. Buat sendiri lagi puas dan jimat kan. nak trylah. Thanks share

    ReplyDelete
  2. Pernah makan , tapi beli aje la . Nanti ada kelapangan masa boleh cuba

    ReplyDelete
  3. kat rumah ni pernah buat 2 kali rasanya tapi yang banyak kali ialah membeli...mudah tapi bila M besar kat dahi..hehee

    ReplyDelete
  4. Mya tak pernah lagi makan popia carbonara ni. Pernah nak try, tapi tak kesampaian pula. Lepas ni boleh buat sendiri kat rumah lah nampaknya.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap carbonara cheese ni :)

    ReplyDelete
  6. sebelum ni masak popia carbonara tak pakai cheese, tapi mesti sedap kalau tambah ni. Boleh cuba! hehe

    ReplyDelete
  7. Baca buat hilang rasa teringin. Lepas pantang nanti boleh la buat. hehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya popia carbonara cheese. Lama tak buat menu macam ni.

    ReplyDelete
  9. resepi yg mudah, jimat tp lazat!

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap popia carbonara ni.. buat sendiri puas hati boleh letak lebih inti dan cheese.. kalau beli mmg agak mahal

    ReplyDelete
  11. Buat sendiri lagi puas ati kan. Tq for resipj

    ReplyDelete