Resepi Pancake Mudah dan Lembut Tanpa Butter - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Pancake Mudah dan Lembut Tanpa Butter

 Assalammualaikum | Resepi Pancake Mudah dan Lembut Tanpa Butter 


Hari Isnin yang lalu kaella teringin nak makan Pancake sebab asyik lalu dekat Twitter, sedap dilihat dan dipandang. Jadi kaella rasa mesti sedap dimakan juga. Tapi rumah bujang kaella tiada penimbang dan oven sebabnya yelah tinggal rumah bujang, lagi pun kesemua resepi yang kaella tengok pastinya menggunakan Butter dan sekali lagi rumah bujang kaella takde Butter, terlupa beli. Jadi kaella gagahkan jugak buat Pancake tapi tidak menggunakan Butter.


Resepi Pancake Mudah dan Lembut Tanpa Butter

  • Telur 1 biji gred A
  • Gula 3/4 sudu makan
  • Minyak masak 1 sudu makan
  • Baking Powder 1 sudu teh
  • Tepung 1 cawan
  • Susu full cream 1/2 kotak kecil


Cara-caranya 

  • Satukan telur, gula, minyak masak, baking powder dan susu kemudian gaulkan sehingga gula tidak lagi berketul. 
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata dan tidak terlalu cair. 
  • Panaskan non-stick pan dengan menggunakan api yang kecil.
  • Tuangkan adunan satu sudu nasi keatas pan, kaella tidak menggunakan minyak kerana kaella menggunakan non-ctick pan. Tuangkan dan biarkan sehingga pancake gemu dan kelihatan keperang-perangan. 
  • Pancake berbuih tu maksudnya sebelah dan masak, terbalikkan dan tunggu sehingga sebelah lagi masak. 
  • Siap! 


Gebunya Terasa Hingga kedalam Pancake


Pancake ini sedap dimakan waktu panas dan sejuk. Nak rasa sedap dan lembut makan waktu panas. Makan begitu sahaja pun sedap, tapi kalau Makan dengan madu, susu pekat dan coklet pun sedap juga. Boleh dihidang waktu Sarapan Pagi dan Minum Petang.

Resepi Pancake Mudah dan Lembut Tanpa Butter ni pun sedap dimakan walau dah sejuk, sebab sentiasa akan gebu. Resepi Pancake ni mudah dibuat dan cepat. Tidak memakan waktu yang lama dan tidak menggunakan oven. 

By the way, non-stick pan tu kaella beli dekat Mr-Diy jer tau. kaella dah masak bermacam-macam dekat pan tu, tapi masih tetap tak melekat. Korang kena beli dan masak pancake nanti oki! 



Post a Comment

10 Comments

  1. sedapnya pankek! boleh try resepi ni sebab duk rumah kampung ni manalah kedai ada sangat butter huhu

    ReplyDelete
  2. oohhhh.. senang je buat pancake ni rupanya... Tq sharing.

    ReplyDelete
  3. aah, thanks for sharing!! i'll try this soon :D

    ReplyDelete
  4. Comel pancake. Nampak kegebuan dia. Cara nak buat pun mudah.

    ReplyDelete
  5. haihhhh tetiba craving pancake la pulakss

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar je dah tahu mesti sedap.. Letak jem atau kaya lagi bertambah sedap.

    ReplyDelete
  7. nampak gebu ni.. minum pulak dgn kopi.. huhh! hehe

    ReplyDelete