Beli Keyboard di Shopee Harga Murah, Cantik serta Mempunyai Cahaya Warna Warni - kaellaaaa's

Advertisement

Beli Keyboard di Shopee Harga Murah, Cantik serta Mempunyai Cahaya Warna Warni

 Assalammualaikum | Beli Keyboard di Shopee Harga Murah, Cantik serta Mempunyai Cahaya Warna Warni


Benda baik selalunya dikongsi bersama. Kaella sebenarnya dah beli keyboard jenis lain tapi sebabkan keyboard tu kaella dah lekat sticker jawi, rasanya kena ada satu keyboard lain lagi 😜 (nampak tak mengada tu) . Tapi kaella nak keyboard murah tapi nak yang ada cahaya warna warni, sebabnya kaella sejenis suka bergelap bila ambik mood menaip. 

Keyboard laptop kaella memang ada cahaya tapi bila kaella rasa nak guna keyboard kaella lebih minat dengan keyboard yang ada pencahayaan, jadi nanti boleh menaip dengan senang hati sebab dah boleh nampak huruf-huruf yang ada di keyboard biarpun sebenarnya dah hafal πŸ˜… 

Sebab kaella beli baru kerana keyboard sedia ada kaella beli tiada cahaya dan amat payah ye sebenarnya bila nak menaip dengan baiknya. hehe tambahan lagi keyboard ni comel dan yang pasti harganya sangat murah.


Apa Yang Special Tentang Keyboard Ni ?

Antara sebab utama sebab keyboard ni ada cahaya warna warni, selalu teringin nak ada satu sebabnya suka dan memang teringin. Cahayanya boleh berubah kepada 7 warna, selalu tengok warna dia putih sahaja, tapi keyboard ni korang boleh pilih nak tukar kapada warna apa. Ia mengeluarkan warna merah, putih, kuning, biru, ungu dan ada lagi. 

Warnanya pula, tidaklah terlalu menyakitkan mata dan tidak juga menghalang pandanga mata untuk melihat tulisan yang ada pada keyboard tersebut.

Sebab kedua, keyboard ini adalah sejenis keyboard yang menggunakan Bluetooth Connection yang mana keyboard ni bukan sahaja boleh digukana pada komputer tetapi boleh juga digukan pada Tab atau Ipad, dan paling menarik boleh juga digunakan pada Telefon Pintar yang kita miliki. Menarik bukan ? Tak perlu guna wayar, apa sahaja peranti yang memiliki Bluetooth Connection pasti boleh menggunakannya.

Sebab ketiga, keyboard ni adalah antara keyboard yang sangat ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Takkan memberatkan beg kita bila bawa kemana-mana sahaja. Nipis dan mudah dibawa kemana sahaja. 

Keyboard ni menggunakan pengecasan dan tidak lagi menggunakan batteri yang mana kita hanya perlu mengecas dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Tapi setakat hari ini penggunaan keyboar ini dah masuk hari ke-4 kaella belum cas lagi sebabnya battery masih boleh menampung untuk digunakan. Guna selagi masih boleh. Daebak kan !? 



Keyboard ni antara yang murah dan antara keyboard yang sangat nipis. Yang penting warna cantik! 


KLIK UNTUK LINK SHOPEE

Kaella beli dengan harga RM37.51 sahaja, kaella ada jumpa link yang berbeza tetapi harganya agak tinggi tetapi mempunyai banyak pilihan warna, tapi sebabkan kaella memang suka dengan warna putih, kaella ambik yang murah tapi berbaloi dengan harga. Kualiti pun okey dan barang pun sampai dalam keadaan yang sangat baik.

Korang bolehlah add to cart beli untuk SALE 8.8 nanti πŸ™ˆ Ni antara keyboard yang memiliki harga yang murah, cantik dan mempunyai cahaya warna warni, confirm korang terpikat punya. 


Post a Comment

6 Comments

  1. alahai comelnya keyboard..
    pndai meracun ye.. xpsl2 teringin plak nk beli. haha..
    nt blh usya shopee..

    ReplyDelete
  2. comel pula tengok keyboard warna warni ni :)

    ReplyDelete
  3. Comelnya. Ini yang rasa nak beli ni. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  4. Wow serous comel Dan mama suka color dia.. tak tau pun keyboard mcm ni ada tq for sharing

    ReplyDelete