Assalammualaikum | Resepi Sambal Kicap Simple dan Sedap
Resepi Sambal Kicap pastinya bahan mudah dicari dan yang paling penting cara pembuatannya amatlah simple. Rasanya yang pedas-pedas memang buat kita tambah lagi sepinggan bila makan.
Sambal Kicap kalau salah sikit tak sedap rasanya, tapi bila kena dekat hati rasanya. fuhh, confirm terangkat. Cicah dengan telur goreng tambah nasi putih pun dah bikin sedap rasa. Biar takde lauk yang penting sambal ONZZ.
Jom kita tegok Resepi Sambal Kicap sedap dimakan.
Resepi Sambal Kicap Simple dan Sedap
BAHAN-BAHAN ;
- 5/10 Biji Lada Merah
- 5/10 Biji Bawang Putih
- 2 Sudu Besar Gula
- Secubit Garam, sesedap rasa
- Kicap Manis Secukupnya
CARA-CARANYA ;
- Gorengkan lada merah dan bawang putih, tak perlu goreng hangus yer, ala kadar pun sudah memadai.
- Kemudian masukkan semua bahan sekaligus, termasuk kicap manis. Kicap manis ikut kesukaan korang nak guna kicap apa, kaella gunakan kicap Jalen, bubuh sebanyak yang korang rasa cukup untuk dimanakan, kemudian blend sehingga hancur.
- Goreng sekejap sebab nak sedap rasa dan berlemak.
Resepi Sambal Kicap ni mudah bukan ? Korang boleh buat banyak dan simpan stok dalam peti sejuk, sebabnya sambal kicap ni sambal yang tahan lama juga. Bila rasa nak makan ambik dan panaskan saja atau makan begitu sahaja pun boleh.
Kalau nak rasa masam manis sikit boleh perah limau bila nak makan nanti. Makan dengan Ikan Bakar ni perghh, sedap!
Korang tunggu apa lagi ? Rugi kalau tak cuba, Sambal Kicap Simple ni boleh naik selera makan ni. Cuba tau! 😊😊
14 Comments
Wah, nampak sedap.
ReplyDeletesedap ni ! i like it too
ReplyDeleteBuat penambah selera makan.
ReplyDeleteSambal kicap memang srnang sangat nak buat . Makan dengan nasi sedap apatah lagi dengan bihun sup .
ReplyDeleteBahan2 pun mudah nak buat . Ccl selalu buat . Boleh makan dengan nasi tak pun bihun sup
ReplyDeleteok akak buat tauhu bgedil nanti..nk cuba sambal kaella ni :)
ReplyDeleteMakan dengan tauhu bergedil pun sedapppp ni!
ReplyDeleteNak try laa. Cicah dengan tempe goreng. Heheh
ReplyDeletePekat dan nampak pedas wahh sedap makan ni
ReplyDeletenampak menarik
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteOk.. ini mmg sedap
ReplyDeleteSaya pun buat macam ni. Tak sakit perut bila makan dan tahan lama.
ReplyDeleteSedap buat cicah ikan bakar, buah-buahan dan aneka mi.
ReplyDelete