Assalammualaikum | Berwajah Baru


Bulan ni merupakan bulan kelahiran kaella, sebabkan hadiah yang kaella beli untuk diri sendiri belum sampai lagi jadi kaella hadiahkan diri sendiri dengan berwajah baru untuk satu-satunya blog yang kaella ada. 

Muka Baru [ BACA SINI ]

Kaella baru sedar baru tukar muka baru bulan Oktober 2020 dan June 2021 kaella sekali lagi pilih untuk hadiahkan diri sendiri dengan wajah baru blog. 

Beginilah seketul kaella, kalau nak mesti usaha sampai dapat, kalau dapat Alhamdulillah syukur, kalau tak dapat kita renung lagi dekat mana arah yang salah kemudian perbetulkan.

Konsep kaella sama seperti sebelumnya iaitu mengekalkan keadaan blog yang simple but nice. Yang penting SEO friendly.  Apa yang kaella ubah ? tak banyak sangat yang berubah sebenarnya tapi tetap juga nak ubah. 

Ubah Sendiri atau Upah Orang ?


Tak dinafikan kaella memang ada banyak waktu terluang, tapi disebabkan kaella tak reti dan penat kepala fikirkan code jadi kaella ambik keputusan untuk upah orang. Kaella letak kepercayaan dengan seseorang ni sebab tu masih ambik pakej dia sampai ke hari ini. Kalau tengok blog yang lama kaella upah Maisarah Sidi untuk ubah blog kaella dan ya! Perubahan blog kali ini pun kaella upah orang yang sama juga. 

Terima Kasih Maisarah Sidi sebab sudi layan kerenah untuk kaella ubah blog kali ini. 


Sampai bila bertahan ? InsyaAllah dalam keadaan yang agak panjang hehe 😁😁