Assalammualaikum | Cov-Eid Mubarak Everyone!
17 Syawal 1442H masih terasa keheningan raya sewaktu raya pertama. Masih lagi takbir berkumandang, masih lagi merasa indahnya Syawal bersama keluarga. Alangkah indah dapat bersama orang yang tersayang, indah menyambut raya bersama. 💕
Cukup 2 tahun kita merasa raya yang berbeza, raya yang tidak bersalaman, raya yang tidak berpelukan, tidak bersemuka, tidak merayakan dengan besar-besaran. Alhamdulillah masih bersyukur dengan apa yang diberi sehingga kini. Tatkala ramai orang tidak merasakan raya yang bahagia disamping keluarga tercinta disebabkan dengan keadaan yang tidak mengizinkan kini.
Demi menjaga kesihatan, demi negara, demi kehidupan yang normal kita terpaksa menerima apa sahaja yang dilaksanakan sehingga kini. Bukan membantah, hanya saja merindui waktu dahulu 😢
Masih belum terlambat rasaya kaella ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali kaella, saya memohon beribu ampun andai ada terguris bahasa, terlepas kata, terlepas perbuatan, terluka hati. Kaella ingin memohon seribu keampunan atas segalanya 💕🙏🏻
Semoga akan datang nanti tiada lagi penyakit ini, tiada lagi kerisauan, tiada lagi kebimbangan. Agar nanti kita dapat menyambut raya seperti sedia kala.
3 Comments
Salam Aidilfitri sis. Maaf zahir batin. Harap pkp kali ni berjaya kurangkan kes Covid. Rindu nak raya macam dulu
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri kak
ReplyDeleteRaya sebulan . So belum terlamnat ccl nak ucapkan salam aidilfitri walaupun memasing mood raya dalam serba sederhana
ReplyDelete