Rak kasut murah dan cantik - kaellaaaa's

Advertisement

Rak kasut murah dan cantik

 

Assalammualaikum | Rak kasut murah dan cantik

Minggu lalu kaella order rak kasut ni sebab nampak cantik lagipun harga murah dalam RM2.90 untuk satu box. Sebabkan rak kasut dekat rumah tak cukup ruang untuk kasut yang ada dekat rumah jadinya kaella beli rak kasut ni. Lagi satu rak kasut lama tu rak sejenis pasang cabut, bila gegar sikit dah rosak teruk. Kasut pula tak tersusun cantik. Kasut kalau dibiarkan lama dekat kawasan yang terbuka akan menyebabkan kasut tu terdedah dengan habuk. Hidung kaella sejenis tak boleh kena habuk, bila kena habuk komfirm gatal teroks.



Korang kalau nak beli boleh klik dekat gambar di atas. Kaella beli dekat Shoppe jer. Barang pun sampai cepat, puas hati dengan wrap barang sebab selamat. Ada sesetengah kedai kalau cari dekat Shoppe lagi murah tapi kalau nak dibandingkan campur sekali dengan postage kaella rasa harga lebih kurang. Sebab kaella ada bezakan dengan satu seller bila nak check out postage lagi mahal hantar dekat sabah 🙈




Barang akan sampai dalam bentuk macamni, so korang kena wrap sendiri buat sampai bentuk jadi empat segi. Lagipun benda ni korang boleh lipat dan simpan jika tak digunakan. menarik kan ? Lagi satu, jangan risau kalau kasut bau hapak sebab box ni ada lubang bahagian depan so tak perlu risau, bau hapak tidak akan terkurng didalam bahagian box. Untuk box ni, korang gegar la sekuat mana tak akan jatuh dan roboh sebabnya box ni ada lock bahagian tepi so takdelah nak risau. 


korang nampak tak design dia ni ? siapa jer tak jatuh cinta dengan benda cute ni. Lagi satu warna box pun pastel, lembut je mata memandang. Dekat shoppe sebenarnya ada 7 warna pastel tapi masa kaella beli cuma tinggal 2 warna sahaja pink dengan purple ni. Tapi puas hati sangat sebab warna cantik!  korang tengok la gambar atas, baru tadi kaella tengok barang dah sold out. Laku keras ye box ni. Murah dan cantik!. Box ni pun mudah dibersihkan sebab sejenis plastik yang keras. 


korang tengoklah rak kasut kaella sebelum ni, sikit masa je lagi nak roboh. susun atur pun tak kemas, orang nampak tak sedap mata memandang. Lagi-lagi bila tetamu datang rumah tengok, segan kaella.


Ni pula bahagian rak kasut kaella lepas siap pasang box untuk kasut ni. Nampak bersih dan teratur. Mata pun sedap je memandang. Ni kalau jirang sebelah nampak, comfirm dia pun nak order sekali. Rak kasut ni juga sebenarnya boleh disusun mengikut cita rasa korang, nak nampak bentuk tangga, nak buat satu menara, nak buat bentuk huruf pun boleh. Kaella sukakan design yang simple dan tak makan banyak sangat ruang rumah so kaella buat dalam bentuk macam ni je. Rak ni pun sesuai nak disimpan di sekolah, pejabat dan sebagainya. Korang kena beli satu tau, sebab tak rugi beli barang murah, cantik dan tahan lama. Yang rugi kalau beli barang murah, cantik tapi cepat rosak. Rugi. 



Post a Comment

18 Comments

  1. okay added to cart sebab nak beli untuk kat rumah sewa nanti hehe. tapi apa-apa size kasut muat kan? sebab risau kasut sukan tak muat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. muat. even box yg kecil untuk box kasut pun muat dalam ni hihi

      Delete
  2. Dah nampak kemas, warna pun sweet je

    ReplyDelete
  3. menarik lah! mcm minat pulak nk beli ^_^

    ReplyDelete
  4. Nak beli haritu tapi takut plastik lembik. Sekarang dah confirm dah tak lembik! haha. Thank you Kaella ;)

    ReplyDelete
  5. Lawanya warna dia. Ini yang nak kena rembat juga ni. Hish... Haha

    ReplyDelete
  6. memula kak ana plan nak beli mcm ni juga. comel warna warni. tp memandangkan baru beli rak kasut, so kak ana beli yang plastik utk susun dalam rak tu je.

    ReplyDelete
  7. Hari tu kakak mau beli juga. Tapi memandangkan postagenya tu mahal. Kakak diam-diam saja. hahahah

    ReplyDelete
  8. Nampak kemas bila letak kasut dalam box. Murah pun murah kan.

    ReplyDelete
  9. kalau rosak yg ada skrg ni pasti abe kie order yg baharu di shopee mcm ni. tq...

    ReplyDelete
  10. Cik TK dah lama usha benda ni.. tapi tak boleh nak beli sebab belum ada ruang yang sesuai nak letak (gerenti banyak punya sebab kami ramai.. haha)

    ReplyDelete
  11. menarik la...memg teringin sngt...

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  12. Nak kena beli jugalah.. Kemas bila bubuh dalam box macam nie..

    ReplyDelete