My Daily Planner - kaellaaaa's

Advertisement

My Daily Planner

Assalammualaikum | My Daily Planner 

Memandangkan kaella sibuk dengan kerja, dengan jadual padat, assignment dan aktiviti yang akan datang, kaella tak boleh nak susun atur kerja kaella. Kaella sebenarnya sejenis yang kurang minat dengan buat daily planner ni, tapi memandangkan banyak aktiviti dan kerja harian kaella yang kaella rasa nak buat kaella tak boleh nak manage jadi kaella rasa memang patutlah kaella kena ada satu buku untuk Daily Planner.

Kadang-kadang benda yang kaella nak buat kaella lupa dan benda penting yang seharusnya kaella lakukan kaella tak lakukan dan akhirnya semua buat kerja last minit yang merosakkan kerja tersebut. Kaella banyak baca tentang membuat planner harian ni buat kerja harian kita lebih teratur dan tersusun agar kerja dapat disiapkan dalam masa yang tertentu dan tidak mengganggu masa untuk kerja yang lain dan yang paling penting benda ni boleh buat kita disiplinkan diri kita dengan kerja harian kita. Dulunya kaella tak percaya dengan Planner ni. Bukan apa, kaella sejenis yang kalau nak buat kita buat kalau tak nak kita tunda esok-esok. Tapi esok-esok tu yang buat kaella makin lupa dengan tugasan harian yang perlu dilaksanakan, jadi kaella rasa diri tak productive dengan aktiviti harian kaella. Rasa macam membazirnya masa yang ada sebelum ni. Sayangnya kaella tak guna masa tu dengan sebaiknya.

 My 1st Daily Planner 





kaella decide untuk beli buku ni dekat MR.DIY sebab nampak cute dan lebih aesthetics. Satu benda yang kaella suka sebab boleh masuk pen dekat tepi so yah, no worry boleh letak pen dan bawa kemana-mana sahaja. Jadi kaella harap lepasni dapatlah atur kerja-kerja harian kaella dengan lebih baik.

korang ? ada tips nak buat Daily Planner tak ? 

Post a Comment

9 Comments

  1. Akak biasa dengan daily planner atau to do list. bila tidak buat to do list, banyak kerja tak jalan. hehe. cuma sekarang lebih banyak tulis ke phone.

    ReplyDelete
  2. Rabia guna planner 2020 tu senang nak tulis kan

    ReplyDelete
  3. Waak tak pernah ada dialy planner ni
    Semua simpan dalam otak aje.

    ReplyDelete
  4. Cakap mengenai planner ni Nadia ada beli planner untuk tahun 2020 tapi end up Nadia tak guna pun, Nadia tersangatlah susah untuk buat planner sebab tak suka menulis

    ReplyDelete
  5. Ada planner.. tapi tu lah.. Ada je, gunanya tidak.. hehehe

    ReplyDelete
  6. sangat berguna ada planner. comelnya planner ada gambar kucing.

    ReplyDelete
  7. Comel sangat planner tu. Myra suka kumplu planner or notebook yang comel-comel lepas tu sayang nak guna. Tahun nie pecah rekod dari bulan 3 sampai bulan 5 kosong. Kalau guna buku leceh sikit nak bawak kesana sini. Myra pun keep 1 planner apps dlm phone jugak. Lebih senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kalau dah nampak yang comel2 ni mesti rasa nak beli hhihi

      Delete