Hadiah yang sesuai untuk wanita - kaellaaaa's

Advertisement

Hadiah yang sesuai untuk wanita

Assalammualaikum | Hadiah yang sesuai untuk wanita

Perempuan itu suka bila dihargai oleh seseorang, lebih lagi apabila dihargai dengan sesuatu hadiah yang tidak disangka. Kaum lelaki pula selalu keliru tiap kali birthday, anniversary, women day's dan banyak lagi. Bukan apa, keliru nak bagi si dia hadiah yang sesuai.

Berikut merupakan hadiah yang sesuai untuk para wanita ;

  • Baju / skirt / hijab / seluar 
Tapi bab ini korang kena pastikan terlebih dahulu si dia menggunakan size apa, warna kegemaran si dia, jenis atau bentuk dressing yang si dia minati. Ada diantara mereka yang suka dengan warna lembut, ada juga yang minat dengan warna yang agak gelap. Menghargai wanita bukan bererti korang kena beli brand yang mahal untuk mereka tapi memberi dengan ikhlas dan sentiasa mengingati itu sudah mencukupi buat mereka. cari sesuatu jenis, warna yang mereka suka, pasti hadiah itu buat mereka suka dan makin sayang dengan si abang.
  • Jam tangan / Rantai tangan / Cincin / Rantai leher 
kalau nak untuk dan ada masa depan belikan si dia emas 916. kaella sokong sebab kaella sendiri minat dengan segala jenis emas-emas. Bukan sekadar digunakan untuk berhias bahkan boleh buat simpanan untuk diri dan keluarga di masa hadapan. Lebih lagi emas nilainya tak pernah susut dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. korang takkan rugi bahkan akan untung meningkat dengan simpanan yang ada. Tapi ikut kemampuan diri. Jangan pula sebab nak hadiahkan si dia benda mahal sanggup berhutang sana sini. kan elok hidup tanpa hutang.
  • Barangan dapur ( Kuali / Tupperware )
Wanita itu semakin meningkat umur semakin minat dengan konsep perumahan dan barangan dapur. Benarlah apa yang dikatakan, wanita dan dapur takkan terpisah. Kaella sendiri umur masih muda tapi minat dengan barangan dapur. lebih lagi kaella minat baking, semua benda baking kaella rasa nak miliki tapi kena tunggu duit masyuk bolehlah shopping. Tapi bab TUPPERWARE semua wanita minat, biar dah belambak dekat rumah koleksi tupperware tapi kalau dapat yang baru tetap suka berulang kali. nak senang tak fikir panjang belikan sahaja satu set tupperware, kaella gerenti 100% wanita pasti suka!
  • Gadjet ( handphone / laptop / tablet )
Mampu memiliki itu pasti idaman semua orang, lebih lagi zaman moden kini. Ramai yang minat kepada gadjet dengan hanya menggunakan hujung jari untuk memiliki semua benda. tak dinafikan lagi, lebih lagi kalau dapat Iphone sebijik mesti senyum sampai telinga. Benda mahal macam ni banyak dijadikan hadiah untuk si dia. Tapi kena beringat, jangan sebab nak ikut trend semua benda nak kena mahal, tak semestinya ye.
  • Make-up stuff / perfume
Koleksi ini merupakan idaman untuk semua wanita yang minat dengan make-up. Tapi lelaki kena tahu brand apa yang si dia guna, jenis bedak atau foundation apa yang dia suka, nak terang ke atau nak yang gelap sikit, nak warna yang cerah atau lembut, nak yang ada berus ke takde berus dan banyak lagi. Bab ni merupakan peralatan yang paling disukai oleh wanita. korang beli la banyak-banyak pasti si dia suka sebab dah banyak koleksi simpanan. Tapi perempuan kena ingat, berhias hanya untuk cik abang bukan untuk orang lain tau. Tapi yang single it's okay, yang muka breakout kena cantik-cantik jaga muka tau!

  • Handbag / Purse
korang kena tahu, perempuan banyak bila nak keluar banyak benda dia nak bawa keluar, even pergi pasar pun kena bawa handbag atau purse tahu tak ? so benda ni sangat berguna dan banyak kebaikan untuk perempuan. korang beli banyak mana, perempuan pasti suka. sebab apa ? satu tak cukup nak kena ada banyak koleksi, sebab mood perempuan kadang-kadang pandai berubah. Hari ni dia nak guna style ni, esok style lain, esok lagi style lain. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Yer...semua tu mmg sesuai...semua suka..hihihi

    Jemput sertai segmen kat blog saya ye..
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Kalau Bell suka orang bagi emas sebab emas bila nak jual balik laku woo, hohoho.

    ReplyDelete
  3. jam tangan tu hadiah paling best hehe! <3

    ReplyDelete
  4. owh bagus tips nih untuk kami yang lelaki
    hahahaa

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas referensinya semoga tepat untuk istri

    ReplyDelete
  6. paling suka yang ini jam tangan / Rantai tangan / Cincin / Rantai leher

    ReplyDelete