PATAH KAKI! - kaellaaaa's

Advertisement

PATAH KAKI!


Assalammualaikum..

Selamat Tahun 2020 semua. 

nampaknya sibuk sangat akhir tahun 2019 sampai tak sempat nak update blog happy new year. Rasa nak nangis sebab blog tertinggal lama sangat. Tapi awal tahun 2020 dapat bad news pulak. huhuhu kaella rasa dah baca tajuk korang boleh tahu nightmare kaella awal tahun baru ni. 

korang bayangkan kaella hanya sempat kerja dua hari kemudian kaella jatuh patah kaki lepastu sampai sekarang kaella cuti. kaella rasa menyesal pun ada juga tapi setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. insyaAllah.

5.01.2020 

kaella jatuh tapi tak pergi ke hospital terus sebab kaella ingat terseliuh kaki yang biasa saja. kaella ke klinik swasta sebab ingatkan lagi cepat dari hospital lepastu doktor kata enjured biasa mungkin hanya tersalah urat. dua tiga hari kaki dah okay ni, katanya. kaella positifkan diri dan balik rumah. Dua hari kemudian kaella tengok bengkak kaki masih tak okay, kaella dah rasa macam ada sesuatu tak kena ni kaella terus bawa kawan pergi hospital, mula-mula jumpa doktor kaya salah urat ni sebab kalau patah tulang kaki dah tak boleh jalan dah ni. kaella sekali lagi positifkan diri untuk terus maju sebab kaella taknak perkara buruk terjadi. 

doktor suruh x-ray jadi kaella x-ray lepastu x-ray menunjukkan tulang kaki kaella patah. ya Rabbi. hati kaella macam dah tak boleh terus move kedepan. kaella fikir sangat dengan macam-macam benda. kaella fikir kerja kaella fikir kaki dan semuanya.

seminggu kaella berkaki semen kaella rasa down sangat, semangat kaella jatuh sangat. korang bayangkan kaella tak boleh nak buat semua benda, sampaikan makan minum kaella mama dengan nenek kaella yang tolong kaella. nak kena jalan ambik minuman pun tak boleh nak gerak sangat. sebab belum bersedia lagi dan masih tak boleh percaya kaki kaella dah bersemen masa tu. kaella rasa semangat kaella sangat jauh terbang melayang, kaella macam tak mampu nak teruskan semuanya. 

tapi makin lama makin kaella rasa kaella dah boleh go dengan keadaan kaki macamni, kaella rasa dah boleh positifkan diri untuk terus maju dengan keadaan yang macamni. hari-hari kaella pujuk diri dengan keadaan macamni Allah akan bantu kaella dengan apa sahaja. kaella percaya dengan semua yang jadi dekat kaella ni pasti ada hikmahnya. kaella terus move kedepan dengan matlamat akan maju terus kehadapan. sebulan lagi kaella akan terus dengan berkaki semen macamni. doakan kaella dengan keadaan kaella macamni. actually ni pertama kali kaella patah kaki jadi kaella tak tahu apa nak buat . 

korang ada tips tak untuk orang patah kaki ? 

Post a Comment

8 Comments

  1. Hana pernah patah tangan dulu masa kecik.Memang sakit yang amat :') tapi alhamdulillah... semuanya dah normal.And I'm thankful that I experienced something full of lessons like that. :D
    .
    So,Cheer up!! Semoga cepat pulih!! ^_^ and make sure to come back stronger ;)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, sakitnya. But, you are strong right girl? Aien tak pernah ada pengalaman patah-patah ni, but sure yu can handle it. :')

    ReplyDelete
  3. moga cepat sihat kaella ! sy belum pernah lagi patah-patah ni hehehe

    ReplyDelete
  4. bertabah dengan ujian yang dihadapi
    Mudah2an cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  5. speedy recovery kaella dear. rest well tau.
    semoga rajin untuk buat rehab. ^^

    ReplyDelete