Resepi Donut Tanpa Uli - kaellaaaa's

Saturday, October 5, 2019

Resepi Donut Tanpa Uli


Assalammualaikum...

Resepi Donut Tanpa Uli | Kuih donut adalah satu-satunya kuih yang kaella minat sejak dari kecik-kecik lagi. Sebenarnya mama kaella dulu suka berniaga kuih dan banyak-banyak jenis kuih, kuih ini lah yang menarik hati sampai ke hari ini ( doakan mama kaella dimurahkan rezeki ). 

Memandangkan kaella duduk jauh dari family, bila rasa nak makan sesuatu kena usaha sendiri la nampaknya, kalau tak memang tak akan dapat. Kali ini kaella rasa nak cuba resepi donut dari akak CHE EDA. 



Bahan-bahannya ; 
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Cara-caranya ;
  • Satukan yis, susu pekat, air suam, gula kemudian biarkan sehingga kembang 
  • Satukan pula tepung gandum, marjerin, baking powder, garam kemudian ramaskan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian campurkan bahan basah yang telah kembang tadi
  • Gaul rata
  • Kemudian biarkan sehingga tepung kembang bersama bahan basah tadi atau biarkan selama 1 jam
  • Akhir sekali bentukkan donut ikut citarasa yang korang suka 
  • Goreng sehingga donut terlihat keperang-perangan. 
  • Taburkan gula di bahagian donut
  • Akhir sekali, boleh dihidang dan makan bersama kopi panas




6 comments: