Assalammualaikum..
Lama
rasanya tak bersua di laman blog ni. Kaella sibuk sangat. Begitulah kehidupan.
Tidak pernah habis kerjanya, tidak pernah habis ceritanya.
2 bulan
kaella senyap tanpa sepatah kata. InsyaAllah akan bersua kembali.
Ceritanya.
Kaella dihujani “aicewahhh” dengan kerja yang agak bertimbun dengan assignment yang kena siapkan dalam masa
sebulan. Jangan tiru gaya buat kerja last minit, akhirnya diri sendiri yang
rugi.
Waktu
kaella banyak kerja, kaella cakap-cakap dengan DIA. Serupa gaya bila bercakap
dengan orang tapi bezanya kita nampak dan tak nampak. Hanya mampu berbicara di
dalam HATI.
“ ya Allah,
banyaknya kerja sebulan ni, berikan saya kekuatan untuk siapkannya dalam
sebulan tanpa sebarang masalah, berikan saya akal yang cergas supaya assignment
siap tepat pada masanya”
Siapa tahu,
doa yang kita anggap biasa itu jadi luar biasa, Alhamdulillah dalam masa dua
minggu kaella dah boleh siapkan kerja sekolah. Assignment ? jangan kata
seminggu, 3 hari sebelum deadline masih lagi dalam proses, kaella sampai nak
nangis bila assignment tak siap lagi, mulalah nak rewind masa balik waktu-waktu
happy masa “kaella buang masa” tanpa ingat kerja yang bertimbun. Tapi tetap nak
teruskan sebab semester ni kaella taknak spoil, taknak grade tak okay. Buat
punya buat akhirnya siap. Dah lepastu hantar terus. Tak fikir panjang dah
lepastu kaella terus hantar.
“ ya Allah,
harap-harap keputusan first ni kaella tak spoil”
…………………………………………………………………………………………………………...
2 bulan
selepas exam, ALHAMDULILLAH. Kuat kuasa doa, biarpun doa tu biasa-biasa sahaja
bagi kita. Kaella pass exam first dengan keputusan yang kaella sendiri tak
boleh nak percaya kaella dapat keputusan macam tu, lagi +15 dah boleh dekan
dah. Tak sangka sangat.
Kaella
bukan nak tunjuk kaella pandai, NO ! kaella nak tunjuk kuasa DOA yang kita
minta dengan Allah. Jangan pernah berhenti meminta, jangan juga pernah berhenti besyukur. InsyaAllah cepat atau lambat Allah akan bagi. Kaella percaya kuasa doa, korang ?
3 Comments
ye betul..itu lah kuasa doa..teruskan berdoa tanpa putus wlupun apa yg kita doa masih belum terjawab
ReplyDeletekan.. betul-betul mujarab hihi
Deleteperkongsian yang ohsem..
ReplyDeleteKuasa doa kita kepada yang maha Esa kan Kaella..