TALK TO ALLAH #1 - kaellaaaa's

Advertisement

TALK TO ALLAH #1



Assalammualaikum..

Lama rasanya tak bersua di laman blog ni. Kaella sibuk sangat. Begitulah kehidupan. Tidak pernah habis kerjanya, tidak pernah habis ceritanya.

2 bulan kaella senyap tanpa sepatah kata. InsyaAllah akan bersua kembali.

Ceritanya. Kaella dihujani “aicewahhh” dengan kerja yang agak bertimbun dengan  assignment yang kena siapkan dalam masa sebulan. Jangan tiru gaya buat kerja last minit, akhirnya diri sendiri yang rugi.

Waktu kaella banyak kerja, kaella cakap-cakap dengan DIA. Serupa gaya bila bercakap dengan orang tapi bezanya kita nampak dan tak nampak. Hanya mampu berbicara di dalam HATI.

“ ya Allah, banyaknya kerja sebulan ni, berikan saya kekuatan untuk siapkannya dalam sebulan tanpa sebarang masalah, berikan saya akal yang cergas supaya assignment siap tepat pada masanya”

Siapa tahu, doa yang kita anggap biasa itu jadi luar biasa, Alhamdulillah dalam masa dua minggu kaella dah boleh siapkan kerja sekolah. Assignment ? jangan kata seminggu, 3 hari sebelum deadline masih lagi dalam proses, kaella sampai nak nangis bila assignment tak siap lagi, mulalah nak rewind masa balik waktu-waktu happy masa “kaella buang masa” tanpa ingat kerja yang bertimbun. Tapi tetap nak teruskan sebab semester ni kaella taknak spoil, taknak grade tak okay. Buat punya buat akhirnya siap. Dah lepastu hantar terus. Tak fikir panjang dah lepastu kaella terus hantar.

“ ya Allah, harap-harap keputusan first ni kaella tak spoil”

…………………………………………………………………………………………………………...

2 bulan selepas exam, ALHAMDULILLAH. Kuat kuasa doa, biarpun doa tu biasa-biasa sahaja bagi kita. Kaella pass exam first dengan keputusan yang kaella sendiri tak boleh nak percaya kaella dapat keputusan macam tu, lagi +15 dah boleh dekan dah. Tak sangka sangat.

Kaella bukan nak tunjuk kaella pandai, NO ! kaella nak tunjuk kuasa DOA yang kita minta dengan Allah. Jangan pernah berhenti meminta, jangan juga pernah berhenti besyukur. InsyaAllah cepat atau lambat Allah akan bagi.  Kaella percaya kuasa doa, korang ?


Post a Comment

3 Comments

  1. ye betul..itu lah kuasa doa..teruskan berdoa tanpa putus wlupun apa yg kita doa masih belum terjawab

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang ohsem..
    Kuasa doa kita kepada yang maha Esa kan Kaella..

    ReplyDelete