Assalammualaikum..

Krimer Manis Coklat | Pernah tak rasa bosan nak minum Milo, malas nak bancuh kena letak gula lagi. Okay, kali ni kaella nak bagitau dekat Giant dah ada dah Krimer coklat macam susu sejat tu tapi perisa COKLAT okay, bukan susu sahaja. 
Sebenarnya kaella saja lalu haritu kata nak beli susu sejat alih-alih lalu nampak pulak krimer coklat ni, terus macam "wow sekarang dah ada krimer coklat, kena rasa ni" jadi kaella pun belilah satu nak cuba rasa dia sedap ke tak. 
 
Ramuan ; Gula, Air, Minyak Kelapa Sawit, Serbuk koko, Tepung Susu, Vitamin A, D3 dan B, Mengandungi Kondisioner Makanan ( Penstabil ) yang dibenarkan.
Ini pula bahagian dalam krimer coklat ye.. 

Bila bancuh dia akan jadi macam milo biasa tak perlu add on gula pun dah rasa manis. Rasa dia macam milo campur dengan susu 🙊🙊 hihi 

Kaella bagi 🌟🌟🌟🌟 bintang untuk rasa dia.