Resepi Sponge Cake - kaellaaaa's

Advertisement

Resepi Sponge Cake


Assalammualaikum...

Hujan petang macam ni sedap rasanya layan teh panas dengan kek. Kali ni kaella nak kongsi resepi simple kek span. Korang boleh hias cantik-cantik kalau nak lagi cantik ye.

Bahan-bahan
  • 140gram  Gula ( dikisar )
  • 125gram  Tepung
  • 75gram  Minyak ( minyak masak biasa pun okay )
  • 15gram  ovalette 
  • 5 biji  telur gred B
  • 40gram  air ( air biasa sahaja )
  • 1tsp perisa ( ikut suka nak rasa apa )
  • 1tsp serbuk penaik ( 2 action baking powder )
  • sedikit pewarna
Cara-cara
  • Satukan semua bahan kering dan ayak
  • Kemudian masukkan bahan basah dan pukul menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan kembang
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 180 darjah celcius
  • Setelah masak keluarkan kek dari loyang dan letak di atas redai dan sejukkan. 
  • Siap untuk dihidang!
lots of love... 

Post a Comment

0 Comments