Assalammualaikum..
MALAYSIA DAY COLOUR RUN | okey, kali ni kaella tertarik pula nak join RUN yang di anjurkan oleh POSTGRADUATE STUDENT ASSOCIATION (PSA) dan COLLABORATION WITH UMS ni. Sekali sekala ikut lari best juga, last week baru habis hiking jadi rasanya takda masalah nak join run walau tak training sekalipun hihi ( acah kaki kuat padahal naik tangga jer dah bising sakit betis )
Yuran RUN kalini nampak lebih murah dari yang kaella pernah join sebelum ni. Alhamdulillah kali ini kebetulan pula dapat Early Bird ( first 100 ) jadi kaella dengan kawan kaella bayar RM20 sahaja.
Jarak cuma 5KM. Semput juga lari naik turun bukit, harapnya berat pipi lepas ni dah kurang.
BEFORE RUN
AFTER RUN
The best things is cabutan bertuah dia semua hasil daripada UMS sendiri, antaranya sayur-sayuran, telur, beras, ayam dan cabutan bertuah yang paling menarik adalah ikan yellow fin tuna seberat 2kg. Sayangnya no kaella tak bertuah sangat hari ini jadi bawa pulang peluh je hihi
nampak tak betapa ramainya yang join, apa tak bertuah no macamni huhu sedih tak menang ikan tuna
p/s sorry for the bad background. antam jer sebab semua berebut nak ambik gambar
0 Comments