Maggi Pedas Giler - kaellaaaa's

Advertisement

Maggi Pedas Giler

Assalammualaikum.

hmm korang dah pernah makan tak Maggi Pedas Giler ni ? kaella makan dulu sebelum puasa perisa Ayam Bakar. Masa tu Maggi ni takdelah nak famous sangat, tak ramai peminat lagi kalau nak di bandingkan dengan Maggi Ramen Korea tu. Tapi kaella sekali cuba dah nak lagi. Jenuh jugak cari Maggi ni merata tempat tapi asyik takde stok. Yang sedihnyer sampai masuk mimpi tau. Tak tahu nak nangis ke nak ape untuk diri sendiri sebab craving sangat nak makan Maggi ni hehe

kalau nak di ikutkan setiap kedai kaella singgah kaella akan cari Maggi ni, tapi asyik takde, hampa tiap kali cari Maggi ni takde. So kaella pun redho jelah tak dapat nak makan Maggi ni, nak order online tapi malas sangat tunggu lelama hehe

Jadi memandangkan cuti sekolah seminggu kaella pulanglah ke kampung nak lawat mak ayah dengan family , yelah masa cuti ni lah saja masa nak luangkan dengan family tercinta. nasib baik jadi cikgu, budak cuti kita pun cuti yeayyy!

Sebelum balik kampung kaella singgah dekat pekan nak beli makanan sikit bawa balik rumah, kaella takdelah expect nak dapat Maggi ni dekat kedai tapi alang-alang dah lalu bahagian Maggi kaella jenguk la sikit tak sangka Maggi yang kella cari dekat bandar asyik habis stok ni ada pulak dah. Rasa nak jerit jer kuat-kuat sebab happy gila jumpa Maggi ni. Tapi Maggi ni dah tak banyak stok, ada tinggal 4 jer, kaella apa lagi dah memang craving nak makan benda ni, so kaella beli jer semua hehehe

Dah sampai rumah kaella simpan Maggi ni sebab tak nak orang lain makan ( kedekut naa ) bukan apa, saja simpan nak makan dulu nanti sebelum orang lain makan takut habis kang menangis tak henti kaella nanti hehe
korang tahu tak ? Maggi ni sebenarnya ada dua perisa je tau, perisa AYAM BAKAR dan perisa TOM YUMMZ. Kaella dah pernah makan dua-dua ni tapi kaella lagi suka perisa ayam bakar tu berbanding dengan perisa tom yummz. 


Post a Comment

0 Comments