Assalammualaikum uols

Malam ni rasanya nak share resepi Ayam Masak Butter yang sangat simple tak perlukan banyak bahan. yang penting rasa tu sedap sehingga menjilat jari tau, hehe

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bahan - bahan
  • Ayam ( yang siap di goreng )
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 susu cair
  • 1 sudu tepung jagung ( bancuh dengan air )
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 3 sudu besar butter
Cara - cara 
  • goreng ayam di campur dengan kunyit, tepung gandum, garam dan sedikit ajinomoto, kalau nak rasa ayam ranggup boleh goreng sehingga ayam nampak macam ayam KFC hehe
  • cairkan butter ke dalam kuali, gunakan kepanasan api sederhana sahaja
  • masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
  • kemudian masukkan serbuk pati ayam ( kalau takde pun boleh ) tapi lagi sedap kalau ada
  • kemudian masukkan susu cair dan biarkan masak sehingga sebati 
  • kemudian masukkan pula tepung jagung yang telah siap di cairkan, kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
  • akhir sekali masukkan ayam yang telah kita goreng tadi dan kacau sehingga sos butter meliputi ayam yang sudah siap di goreng.

siap! Ayam Masak Butter dah boleh di makan.