Assalammualaikum
14.MAY.2017 #SecondHikeWithTheTEAM
Semenjak dah jumpa group hike ni dah semakin rajin nampaknya
aku nak kuruskan badan. So minggu lalu kitaorang hike lagi, plan hike sebelum
menjelang ramadhan la katakana. So tempat kitaorang untuk next place dekat Kota
Belud. Bila cakap tentang Bukit Bongol, memang sesetengah orang akan tahu
tempat tu memang cantik, tapi sebelum nak menikmati pemandangan yang indah
macam biasalah, kena lalui dulu “kepayahan” tu, tapi saya dengan 100% boleh
pastikan yang korang tentu akan jatuh cinta dengan tempat ni, berbackgroundkan
10 bukit, dengan flora dan fauna yang memang menarik mata dan tak lupa dengan
Gunung Kinabalu. 💕
as you can see 10 peaks of BUKIT BONGOL
Kitaorang mula mendaki dalam jam 9, sebelum tu macam
biasalah, baca doa buat panas badan sikit supaya otot takdelah nak terkejut
sangat (tips sebelum hike, penting ni!). sebelum sampai ke puncak, kitaorang akan
lalu 10 BUKIT ye, lepas dah lalu 10 bukit tu hah dah boleh happy-happy sebab
dah sampai dekat puncak. 💪
Oh and yes. Make sure kena bawa air yang secukupnya (tips masa
hike, penting ni!) sebab setiap satu bukit tu bukan rendah macam kau naik 20
langkah dah sampai dekat satu bukit hehe lepas itu kena save air la takut nanti
masa turun takdelah nak menangis nak cari air.
“Turun tu steady la, takdelah penat” wehh jangan nak
senang-senang cakap turun tu boleh senyum sampai telinga, turun tu lagi kau
kena tahan, dengan naik turun bukit di tambah dengan haba yang memang panas
sampai ke dalam badan, fuhh!. Korang akan rasa lepas korang dah pernah naik
dekat bukit ni.
Tapi orang kata, pengalaman biar yang manis-manis.
Alhamdulillah sampai juga aku dekat puncak bukit selepas aku lalu 10 BUKIT
sebelumnya. Permandangan dekat puncak bukit tu memang subhanallah, lawa sangat.
Kalau boleh taknak turun dah hehehe
ohh i'm a happy girls 💃
🙈🙈
Then lepas kitaorang turun, kitaorang sambung mandi sungai,
biasalah nak tenangkan kaki yang dah penat sebabkan naik 10 BUKIT semata-mata
nak sampai ke puncak.
Lastly, balik rumah baru perasan muka dah terbakar, dah
berbelang dah muka ni hehe sampai orang dekat sekolah tegur “eh makin putih nampak”
hmm hmmm aku sedar muka aku dah hitam. Hehe tapi tu tak menghalang aku untuk
teruskan lagi lepas ini. Orang kata nak cari pengalaman la kan, sementara usia
masih muda hee gunakan cuti yang ada, dari duduk rumah ternak lemak. Kan ?
0 Comments