Assalammualaikum.
Jadi pendengar kadang buat aku rasa “wehh, kau
yang ada masalah, aku yang kena fikir sekali”. Tapi sebenarnya jadi pendengar
je kot. Yes! Betul, I admit semua orang ada masalah yang dia tak boleh nak
tanggung sendiri, nak tak nak dia kene luah juga dekat seseorang supaya beban
yang dia tanggung tu bolehlah tenangkan sikit hati dia, and a few people
kekadang lebih memilih untuk berdiam, pendam dalam hati lepastu nangis sendiri
sebab dah tak mampu nak tahan dalam hati. Kau rasa ? Tapi kadang-kadang ada
juga jenis orang yang suka tokok tambah dalam cerita sebenar. Cerita
sebenar pendek je, dia punya cerita panjang lebar kot.
SEBAB
KENAPA SESEORANG TU SUKA TOKOK TAMBAH CERITA
First off all, yes! Tak lain tak bukan dia mesti
nak jadi yang nombor satu tahu tentang cerita tu, biarpun sebenarnya benda tu
dia tak tahu pun jalan cerita yang sebenar, tapi alang-alang dia dah cerita
dekat orang dia tambah la cerita tu dengan adengan cerita dongeng yang dia reka
sendiri
.
Second, sebab dia bencikan orang tu. Ya mungkin
orang yang dia “gossip” tu adalah orang yang paling dia benci, huhu sampai
sanggup nak burukkan orang tu dengan dongeng dia yang ntah apa-apa ntah. Well
kita tak tahu manusia ni macam mana, depan baik belakang kita macam harem. Orang
kata rambut sama hitam hati tiada siapa yang tahu.
Third, aku rasa dia memang kaki “gossip” no satu,
sampaikan based on picture pun dia boleh tahu apa jalan cerita orang tu, kenapa
dia jadi macamtu, apa yang jadi dengan dia, siapa yang salah, siapa yang betul.
Well, she/he have a big imagination.
SO KITA
SEBAGAI PENDENGAR NAK KENE BUAT APA ?
Big mistake most of people zaman sekarang, judge
tanpa tahu cerita sebenar. Lepastu mengata sana sini. Lepastu tak dapat apa
pun, yang kau dapat hanya “dosa”
Jadi si “pendengar” cerita jangan suka judge orang
tu tanpa sebab, dia cerita “weh, dia la tu yang semalam jalan dengan c dia,
pastu bla bla bla bla” lepastu si pendengar pun “heishhh, Nampak je alim dalam
diam bla bla bla bla” so kita sebenarnya tak tahu jalan carita sebenar kan ?
sebab kita tak boleh nak percaya si tukang cerita, manalah tahu yang dia nampak
tu salah orang, mungkin kembar dia, atau orang yang serupa wajah dengan dia,
atau mungkin dia rabun hehehe. Lainlah kalau dia ada bukti kukuh yang
menyatakan cerita dia itu betul. Kan ?
And then, kita pula jangan mudah diperbodohkan
dengan cerita si pencerita, sebab kita baru dengar dari sebelah pihak, sebelah
pihak lagi kita tak dengar, jadi jangan nak 100% terus percaya dekat si pencerita,
kalau kita pun percaya dengan apa yang dia cerita lepas itu kita pun ikut
sekaki gossip dengan dia tak kah tambah dua kali dosa dekat kita tu ? fikir!
Ada baiknya kita dengar cerita dua belah pihak, lepastu kita fikirlah mana satu
jalan cerita yang betul mana satu jalan cerita yang salah. Kalau nak, lebih
baik diamkan je, tak payah nak sibuk hal orang lain. Sebab kita sendiri ada hal
kita yang belum selesai, nak mengada pula busy body dengan hal orang lain.
Bila kita berada di tengah antara masalah orang
kita jangan pula cepat menghukum, “okey, aku dah dengar cerita dua-dua so aku
rasa salah dekat dia” no, jangan! Kita bila salah langkah, hukum orang yang
sebenarnya tak bersalah ni lagi kena tiga kali dosa tau. Macam saya cakap tadi,
jangan cepat percaya melainkan dia ada bukti yang kukuh untuk buat kita
percaya. Kalau rasa masalah tu takde kene mengena dengan kita, better way kita
tak payah nak masuk campur, sebab lagi tambah kusutkan kepala kita, lagi buat
kita sakit jiwa sebab yang masalahnya orang lain, tapi kita pun terpaksa ikut
sekali dengan masalah dorang yang sebenarnya kita tak tahu pun apa yang jadi
sebenanrnya.
Apa kata bagi nasihat, jangan nak tambahkan
kepanasan api yang dah sedia panas *wow sikit dekat ayat aku* jangan
biarkan kerana satu kata boleh hancurkan silaturrahim yang dah lama kita bina,
jangan jadi si penghancur. Jangan! Jangan pula cakap “alaa, aku bukannya ustaz
atau ustazah atau penceramah atau penasihat nak bagi nasihat bagai” ehh, kau
fikir orang yang layak je ke nak bagi nasihat ? takkan nak tunggu jumpa ahli
penasihat dulu baru nak minta nasihat ? kan ? hek elehh, *nak marah ni* kita
bagi nasihat sebab kita ni sayangkan sahabat kita, kita ingatkan dia mana yang
betul mana yang salah, kita bagi dia pendapat apa yang baik sepatutnya dia
lakukan, bukannya nak tambah panasnya api yang membara. Api kalau jumpa
dengan api takkan elok sampai ke sudah. Kita sepatutnya tunjuk dekat dia jalan
yang baik atau tidak ajar dia macam mana nak baikkan semula hubungan tu, macam
mana nak selesaikan masalah itu, bukannya nak tambahkan lagi masalah ye. Kita beri
dia dorongan, kuatkan semangat dia.
And last but not least, memaafkan itu lebih
baik.
0 Comments