Aku Kehilangan Makcik dan Datok Pada Hari Yang Sama - kaellaaaa's

Advertisement

Aku Kehilangan Makcik dan Datok Pada Hari Yang Sama

 Assalammualaikum | Aku Kehilangan Makcik dan Datok Pada Hari Yang Sama


كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami" ( Surah Al-Anbiya ; 35 )

Kerana hidup kita didunia ini tidak akan kekal, maka ketetapan Allah berlaku yang mana setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Allah menetapkan garis bahawa hidup adalah sebuah ujian. Yang mana manusia akan diuji dengan dua ujian melalui keburukan dan kebaikan. Hasilnya nanti pasti akan membantu kita bila diakhirat kelak.

Kita tidak akan tahu pengakhiran kita seperti apa dan pada ketika apa. Kita bahkan tidak akan dapat lari dari ajal maut, walau sedetik pun kita tidak akan terlepas. Jika ditakdirkan hari ini adalah hari kita maka tetaplah hari ini adalah hari bagi kita. 

Kaella merasa sangat sedih pada ketika ini kerana tidak dapat melihat wajah arwah pada hari akhir ini. Disebabkan kaella baru sahaja keluar dari pusat kuarantin dan sudah disahkan bahawa virus tidak akan menyebar, tapi demi kebaikan kaella terpaksa menerima hakikat dan terpaksa menjauh untuk kebaikan semua. Dan betul lah apa yang orang rasakan ketikan PKP kini, peritnya tidak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir. 

Keluarga kaella bukannya meninggal disebabkan Covid-19 tapi disebabkan ajal yang telah ditetapkan. Tapi mengikut procedur kini bahawa semua yang meninggal hendaklah dilaporkan bagi mengelakkan kes berjangkit. Dan memandangkan kaella duduk jauh dari keluarga dan mendapatkan surat untuk merentas itu amatlah payah pada ketika ini. 

Kesihatan orang lain lebih penting bagi kaella, kaella tidak mahu disebabkan keegoan kita dan sikap pentingkan diri, kita libatkan ramai orang mendapat penyakit. itu lebih menakutkan. 

Hari Rabu, kaella kehilangan makcik pada tengah hari dan kaella juga kehilangan datok kaella pada malam hari. Ya, pada hari yang sama. 😭 






Mohon doanya, agar keduanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan diampunkan segala dosa mereka. Amin Ya Allah. 

Al-Fatihah....

Post a Comment

9 Comments

  1. innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah cik kaella

    ReplyDelete
  2. innalillahi wa inna ilaihi roji'un, turut berduka kak..

    ReplyDelete
  3. Al fatihah, salam takziah kaella. Semoga arwah makcik dan datok kaella ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Innalillah,.. I am very sorry for your loss :(

    ReplyDelete
  5. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  6. Salam Takziah... Moga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman... Dapat rasa kesedihan tu... hmm.. Tabah ya.. banyakkan sedekah al Fatihah

    ReplyDelete