Alhamdulillah for another new age 💕 - kaellaaaa's

Advertisement

Alhamdulillah for another new age 💕

 


Assalammualaikum | Alhamdulillah for another new age 💕

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tiada banyak kata yang boleh diungkapkan melainkan syukur kepada Ilahi atas peluang yang diberi sehingga kini, peluang masih mampu melihat, bernafas, mendengar, merasa dan semua. Alhamdulillah. 

Sepatutnya hari ni tarikh dapat satu hadiah dari diri sendiri tapi sebabkan PKP terpaksa tangguh sehingga semuanya ok nanti, tapi tak apa, selalu yakin yang sebenarnya semua yang jadi itu ada hikmahnya. Kena banyak bersabar. InsyaAllah penghujungnya pasti akan manis.

Selalu, tiap tahun sambut Birthday dekat kampung dengan keluarga tercinta, tapi disebabkan PKP dan terkurung dekat bandar, kalini lain rasa sambut Birthday dekat rumah bujang. Tapi so far, Alhamdulillah masih bersyukur untuk kesekian kalinya. 

Banyak harapan dan doa untuk diri sendiri sempena dah menjangkau umur ni, banyak benda yang kaella fikirkan dan banyak benda yang perlu dihadapi untuk masa yang akan datang, semoga semuanya dipermudakan. 

Semoga, semakin membangun besar ni semakin besar juga iman di hati, semakin meningkat juga cinta kepada Sang Ilahi dan semakin banyak mensyukuri segala apa yang berlaku. InsyaAllah. 

KAHWIN ?

Soalan wajib. Belum lagi rasanya, belum berjumpa dengan pemilik hati yang sebenar, semoga nanti berjumpa dengan si dia bila sampai waktu yang tepat. Belum rasanya lagi untuk memulakan hidup baharu dengan pasangan, belum sampai waktunya lagi hehe 😁🙊 Allah masih beri waktu untuk berbakti dengan keluarga. Doa yang baik-baik sahaja semoga bertemu di waktu yang tepat. 

Terima Kasih buat semua yang telah mendoakan kaella, semoga semua doanya kembali kepada kalian semula, InsyaAllah. 🤲🏻 


Sempena Bithday kali ini, kaella belanja korang PKP dan STAY AT HOME, luangkan masa bersama sebaiknya dengan keluarga. Percayalah, semua benda yang jadi pasti ada hikmahnya dan semoga covid ni hilang dengan cepat dan dunia kembali pulih seperti dahulu. Nikmatilah hari-hari bersama dengan keluarga, rancang aktiviti dengan baik pastinya nanti akan membahagiakan kehidupan anda semua. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Sanah helwah
    Semoga segala impian akan tercapai

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Kaella. Tak kisahlah sambut birthday di mana sekalipun, asalkan bahagia. Moga birthday tahun depan tak pkp dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya tahun depan tak pkp dah, Ameen Ameen, terima kasih 💛🤍

      Delete
  3. happy birthday kakak . Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Diberi kesihatan yg baik utk akak. Dan dapat jodoh dgn lelaki yg baik baik ya <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen, Ameen, InsyaAllah. Terima Kasih 🤍💛

      Delete
  4. Happy birthday kaella .
    Ccl Doakan semoga awak panjang umur, murah rezeki serta berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. Happy birthday, Kaella. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. hepi belated besday.. moga terus ceria dan diberkati

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday, Kaella. May all the stars keep shining on you :)

    ReplyDelete