Aku Disahkan Positif Covid-19 - kaellaaaa's

Advertisement

Aku Disahkan Positif Covid-19

 Assalammualaikum | Aku Disahkan Positif Covid-19


Benar, kita menjauh tapi apakan daya penyakit ini semakin merebak luas, ianya semakin meningkat dari masa ke semasa.


8 June 2021

Kaella demam dalam 2 hari, tetapi hanya tempoh 2 hari dan sihat seperti sedia kala. Kaella sejenis bila demam kaella akan demam dalam 3 hingga ke 4 hari dan akhirnya akan beransur pulih, tetapi berbeza pada kali ini, kaella hanya demam dalam waktu yang singkat dan sihat dalam waktu yang singkat. 


9 June 2021

Malam rabu, kaella hilang deria bau dan deria rasa. Kaella ada satu ubat moden MMG baunya kalau dihidu sesedap rasa, bezanya kaella langsung tak boleh menghidu pada malam rabu, biarpun disapu ditepi hidung tetap tidak dapat menghidu dengan baik.


Malam ni kaella dah rasa takut gila sebab hilang deria bau dan rasa merupakan salah satu simptom COVID 19, tak sedap tidur rasanya bila tahu kita tak boleh menghidu seperti biasa. Tapi kaella tetap kuatkan hati dan teruskan hari-hari seperti biasa, tapi waktu ni kaella dah mula asingkan diri dengan kawan rumah, sebab risau juga. 


10 June 2021

Kaella buat keputusan untuk buat swab test sebab kalau dikira sudah hari ketiga kaella tidak boleh menghidu dan merasa seperti biasa. Masa ni risau sampai makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. 😂 hambek kau perasaan kalut dari pagi sampai kemalam. Belum lagi kes malam susah nak tido sebab sakit dada.

11 June 2021 

kaella diberitahu kaella Disahkan Positif Covid 19. Masa ni semua perasaan bercampur baur dalam hati, tapi lega sebenarnya sebab kaella kena Covid ni masa kaella jauh dari family, jadinya kaella kena dengan kawan sahaja dan family tak. Syukur sangat masa ni jauh dari keluarga. (sebabnya kaella tinggal rumah bujang) kaella tak dapat nak bayangkan kalau keluarga sekali terbabit positif. Allahu. Sedangkan tengok cerita orang ramai yang positif sekali dengan keluarga pun kaella sebak, apa lagi tengok mereka yang kehilangan orang tersayang. 😭


Dapat Dari Mana Covid-19 Ni ?

Kaella sendiri tak tahu datangnya dari mana dan terkena waktu dekat mana. Sebabnya sejak bermulanya TOTAL LOCKDOWN 3.0 pada 1 June hari tu, kaella dan kawan serumah langsung tak keluar kemana-mana sehingga pada 8 June yang mana kaella dan kawan serumah hanya keluar membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit. Dan korang tau tak ? kaella keluar tak sampai sejam, sekejap jer. ( Keluar - Beli Barang - Balik Rumah ) tau tau dah kena covid. seram tak seram ? sampai sekarang kaella tak boleh nak brain sebenarnya kaella positif puncanya dari mana. 


Simptom Yang Kaella Rasakan Waktu Positif Covid-19 

  • Hilang deria bau
  • Hilang deria rasa
  • Sakit-sakit sendi yang teramat sakit even tengah baring pun masih rasa sakit
  • Sakit Dada
  • Sakit kepala
  • Bernafas pendek 

Apa yang boleh kaella katakan, Covid-19 ni sangat menakutkan. Sekejap sahaja kau dah positif. Yang pasti kita belum menang. Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja, ingat orang sekeliling kita, ingat orang tersayang. Kehilangan orang tersayang disebabkan Covid-19 ini amat memedihkan, kita tak boleh nak peluk cium buat kali terakhir, bahkan memandang sekali pun tidak dapat 😭😭 Jadi, Tolong. Jangan jadi orang yang hanya pentingkan diri sendiri


Post a Comment

12 Comments

  1. memang menakutkan betol covid ni.. uhuhu..
    keluar beli brng kejap je tau2 positif.. Allahu..
    tkotnya.. =(

    ReplyDelete
  2. Ya Allah....moga cepat sembuh kaella....
    kita pun sekarang memang tak keluar rumah....takut dan risau je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin..
      betul tu, stay at home je, stay safe oki

      Delete
  3. Allahuakhbar, betul tu kaella, kita jaga dah apa semua, tapi tetap terkena jugak kan. Ujian Allah. Moga moga kaella cepat cepat sembuh. Kesan covid-19 ni lama jugak kann even kita dah disahkan negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. betul, biarpun dah 2 minggu berlalu tapi kesan masih ada dalam badan.

      Delete
  4. Allahu . Skrg mmg bahaya sgt duk rumah pun boleh kena. Variant baru ni mmg lain macam. Apapun mama doakan kaella CPT sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, variant baru ni menakutkan sangat. Amin Amin.
      mamapp pun stay safe oki

      Delete
  5. Dorg almost declared covid as airborne haritu tp last2 tak declare pun. So, cane2 pun mmg snang kene covid. Always sanitize your hands paling penting :D

    https://gudnyte.com/blog/

    ReplyDelete